Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Non-Islamic Muslim dan Islamic non-Muslim

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 25, 2008

“Aku pergi ke Barat, aku tidak melihat orang Islam tetapi aku melihat Islam. Aku balik ke negeriku, aku melihat orang Islam tetapi aku tidak melihat Islam” – Muhammad Abduh

Ramai orang Islam tetapi tidak Islamik. Ramai orang bukan Islam tetapi Islamik

Pelik? Sekarang tidak lagi. Lihat disekeliling anda.

Islamik itu bagaimana?

Islamik itu bukan hanya pada luaran; pakaian, berjanggut,berkopiah putih, berjubah, rajin ke masjid, dan lain-lain yang dianggap ‘biasa’ oleh kebanyakan orang. Bukan juga orang yang tungang terbalik beramal dengan ibadah ritual. Solat. Doa. Zakat. Haji. Puasa. Mereka ber’ibadah’, tapi itu belum menggambarkan ‘Islam’ yang sebenar. Belum ‘Islamik’.

Persepsi sempit terhadap ‘Islam’ mengongkong minda dari melihat Islam dengan lebih luas serta membantutkan perkembangan Islam. Islam itu agama yang luas. Terlalu luas. Justeru, skop ‘islamik’ tidak harus dan tidak boleh dikecilkan. Dek kerana Islam itu menjunjung segala macam nilai positif dalam kehidupan, maka seluas itu jugalah skop ‘Islamik’ perlu diluaskan.

Pelopor gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna, yang juga tokoh reformasi keamanan yang dibunuh kerana konspirasi jahat politik pemerintah Mesir, menegaskan ke’luas’an Islam dengan mengungkapkan:

Islam adalah sistem hidup yang syumul (menyeluruh), mencakupi seluruh fenomena kehidupan.
1. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat;
2. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan;
3. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman;
4. Material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan;
5. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadat yang sahih tanpa ada bezanya”

Maka seluas itu jugalah skop Islamik. Ia bukan semata-mata pelabelan individu atau sekadar penilaian luaran. Individu atau sesebuah unit sosial itu Islamik sekiranya ia mendokong intipati dan cita-cita Islam ini secara menyeluruh – tanpa meninggalkan suatu aspek pun.

Tapi pastilah intipati dan asas paling penting dalam semua aspek itu adalah AQIDAH yang ‘solid’ dan benar. Every and any, semuanya perlu didasarkan kepada keyakinan kepada ALLAH.

Islam agama ‘substance’ yang menyeluruh

Islam bukan semata-mata agama ‘format’ yang membawa teori retorik dan falsafah ‘atas angin’. Islam agama yang praktikal, sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja, walaupun orang tersebut bukan Muslim.* Ia membawa format kehidupan yang praktikal beserta dengan ‘substance’nya sekali. Dari sekecil-kecil perkara hingga kesebesar-besar perkara.

(*Muslim bererti orang Islam, bukan orang yang berdaftar dengan JPN dengan nama ‘Muslim’).

Contoh 1: Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia, tidak kira Muslim atau non-Muslim, tidak mengira kaum, tidak mengira jantina, bangsa dan warna kulit. Ini adalah format. ‘Substance’nya adalah apa pakej yang Islam bawa untuk format ini. Dan pakej ini sememangnya termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Pakej ini telah dibawa oleh Muhammad b Abdullah suatu ketika dahulu. Lebih 1000 tahun lebih awal dari perjuangan anti-apartheid di Amerika oleh Abraham Lincoln mahupun di Afrika oleh Nelson Mandela. 1000 tahun lebih awal dari penubuhan Kesatuan Eropah (EU). 1000 tahun lebih awal dari usaha Sister In Islam yang berjuang atas nama (so-called) hak-hak wanita.

Contoh 2: Islam memberi kebebasan individu untuk bersuara selagi tidak melanggar batas-batas Islam yang begitu luas. Ini adalah format. ‘Substance’nya adalah bagaimana Islam mempraktikkan format ini. ‘Substance’ ini telah dipaparkan juga secara praktikal oleh Muhammad bin Abdullah, satu kurun lebih awal dari konsep demokrasi yang dicanang oleh Barat. Tidak kira siapa, tidak mengira jawatan, tidak mengira warna kulit, tidak mengira jantina, tidak mengira peringkat umur; sesiapa sahaja berhak bersuara – menegur, memberikan pandangan, memperingatkan – kepada sesiapa sahaja.

Kerana itu, agama Islam dapat diterima oleh hampir seluruh dunia suatu ketika dahulu kerana mereka dapat menerima ‘substance’ Islam yang adil dan secocok dengan tuntutan fitrah dan naluri mereka sebagai manusia – walaupun pada ‘format’nya mereka bukan orang Islam.

Banyak lagi aspek dalam Islam – ataupun lebih baik saya katakan seluruh aspek dalam Islam – yang mengambarkan ke’menyeluruh’an Islam. Dan setiap satu aspek itu mempunyai pakej ‘substance’nya yang tersendiri.

Perlu dingat bahawa ALLAH SWT menciptakan seluruh alam, dan ALLAH tidak membiarkan alam ini tanpa panduan untuk mentadbirnya. DIA tahu apa yang terbaik. Ini adalah keyakinan kita yang tidak boleh berbelah bagi. Oleh itu, setiap sesuatu yang datang dari ALLAH tidak boleh dipertikaikan. Bahkan,sekiranya dikaji secara ilmiah, kesemua formula ‘substance’ yang dibawa oleh Islam mampu menyelesaikan apa jua masalah di dunia ini.

Orang Islam yang tidak Islamik

Dalam IC mereka tertera status sebagai beragama ‘Islam’. Nama mereka juga cantik, kalah orang Arab nak menyebutnya. Pendeknya secara ‘format’, mereka orang Islam. Namun Islam mereka hanya pada nama dan ‘format’. Mereka tiada ‘substance’ Islam, bahkan tidak faham dan tidak tahu pun aoaah ‘substance’ dalam Islam.

Mereka tidak tahu Islam agama yang amat luas dan menyeluruh. Every single thing in their life scooped by Islam. Every and any! Mereka tidak tahu Islam menjulang keadilan dan kebebasan sejagat – Justice and freedom! Lebih teruk mereka tidak pun mengamalkan perkara-perkara ‘basic’ dalam Islam. i.e solat, puasa, zakat, zikir, Al-Quran, dan lain-lain.

Apakah mereka ini ‘orang Islam’? Legally, ya! Mereka ‘orang Islam’. Tetapi substancely, adakah mereka ‘Islam’? ALLAHU A’LAM. Saya berlepas diri dari menghukum sesiapa sahaja. Kita serahkan kepada urusan ini kepada ALLAH.

Orang bukan Islam yang Islamik

Mereka tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka tidak mengakui keesaan ALLAH. Mereka tidak menerima Islam sebagai anutan. (Walaupun mungkin mereka tahu semua itu). Pendeknya secara ‘format’, mereka bukan ‘orang Islam’.

Tetapi mereka inilah yang menjadi frontliner dalam memperjuangkan keadilan. Mereka adalah orang yang lantang menentang korupsi dan kezaliman. Merekalah yang telah mengadakan ‘world tour’ untuk menerangkan dan memperjuangkan hak-hak rakyat yang tertindas. Mereka menjadi contoh ikutan, idola dan disebut-sebut sebagai ‘wira’.

Nah! Mereka telah mengambil ‘substance’ Islam yang suatu ketika dahulu ‘substance’ itu adalah mesej perjuangan Islam. Mereka telah jadi ‘Islamik’ kerana mereka mereka memahami dan memperjuangkan ‘substance’ yang sememangnya milik Islam – dan sepatutnya milik orang Islam.
Apakah mereka Islam? Legally, tidak! Mereka bukan Islam. Tetapi mereka memiliki ruh dan ‘substance’ Islam.

Umpamanya seorang guru, tetapi memiliki jiwa askar. Pendekatan pendidikannya membawa elemen-elemen ketenteraan, walaupun dia tidak ada latar belakang tentera. Kita akan kata; “Oh… cikgu tu macam askar la”. Askaric. Walaupun guru tersebut tidak berniat sedemikian, tetapi orang akan memandang dia seperti ‘tentera’ atau ‘askar’, walaupun pada hakikatnya dia adalah seorang guru.

Begitu juga dengan non-Muslim yang membawa dan memperjuangkan mesej-mesej Islam seperti keadilan, kebebasan, kejujuran, ketelusan dan sebagainya. Mereka‘Islamik’ dari sudut membawa ‘substance’ Islam, walaupun tidak ‘Islam’ dari sudut ‘format’.

Sampai bila?

Saya pernah menulis tentang Karen Armstrong. Saudara Farish Noor pula menulis tentang Sivarasa di Ummah Online. Mereka adalah contoh non-Muslim yang membawa mesej yang sepatutnya dibawa oleh Islam. Atau kalau boleh saya katakan non-Muslim yang Islamik?

Kita berterima kasih kerana adanya orang seperti mereka. Namun, kenapa mereka? Kenapa bukan kita – seorang Muslim – yang berada di tempat mereka? Sampai bila umat Islam hanya menjadi penonton aksi-aksi mereka di pentas pertarungan ini?

Islam akan angkit jua suatu hari nanti. Itu adalah suatu yang pasti. Tentunya yang memacu kebangkitan itu adalah dikalangan umat Islam sendiri. Persoalannya, di mana kita tatkala saat kebangkitan itu tiba?

7 Responses to “Non-Islamic Muslim dan Islamic non-Muslim”

  1. Salam.

    ‘Orang bukan Islam yang Islamik’…

    tak payah tengok jauh lah nk tgk ‘org bkn Islam yg Islamik’…tengok kat kampus sudah.

    Yang cheating rmai org Islam ke org bukan Islam semasa exam? My friends yang non-Muslim dalam kelas lebih jujur n amanah dalam kerja depa (assignments, etc) berbanding dgn some yang Muslim. Sedangkan yang Muslim yang patut lebih. Sad but true. agaknya depa xtau studying well is part of Islam.hrmmm.

    Looking in a larger sense, wut if Muslim country leaders xjujur n amanah (jujur n amanah is part of Islam) dlm depa nyer ‘assigments’?

  2. zainulfaqar said

    Assalamualaikum dan salam perkenalan.

    Post ini telah saya masukkan dlm KN. Menarik lah…

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  3. Subtle Fortitude: Apa lagi yang boleh dikesalkan. It is better to light a candle than to curse the darkness, right?

    Zainulfaqar: Terima kasih. What an honor!🙂

  4. indah said

    salam. Ana masukkan artikel enta dalam blob fs ana. maaf n syukran

  5. […] Saya sedar, ada di kalangan kita yang skeptikal terhadap filem-filem barat. Wujud juga golongan yang skeptikal dengan filem tempatan. Saya insafi filem-filem, khususnya dari Barat sememangnya tidak dapat lari dari unsur-unsur negatif. Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh mengutip mutiara dan hikmah yang wujud pada mereka. Saya pernah menulis tentang keterbalikan antara isi dan kulit di sini : Non-Islamic Muslim dan Islamic non-Muslim […]

  6. […] Dari cara hidup individu dan bermasyarakat hinggalah kepada sistem ekonomi dan politik, identiti Islam sudah pudar. Islam itu ada, tetapi identitinya sudah hilang dari jiwa orang Islam. Islam hanya pada nama. […]

  7. […] Saya sedar, ada di kalangan kita yang skeptikal terhadap filem-filem barat. Wujud juga golongan yang skeptikal dengan filem tempatan. Saya insafi filem-filem, khususnya dari Barat sememangnya tidak dapat lari dari unsur-unsur negatif. Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh mengutip mutiara dan hikmah yang wujud pada mereka. Saya pernah menulis tentang keterbalikan antara isi dan kulit di sini : Non-Islamic Muslim dan Islamic non-Muslim […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: