Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Tan Sri Sanusi dipecat dari Presiden UIAM

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 12, 2008

(Prolog: Bayangkan suasana perbahasan Sidang Dewan Rakyat)

UMNO rakus! Saya tarik balik….
UMNO dayus! Saya tarik balik…
UMNO melampau! Saya tarik balik…

Pengerusi Tetap: Yang berhormat….cukuplah…

(Tamat prolog)

Saya telah menulis di sini apabila timbul desas-desus bahawa Tan Sri Sanusi akan dipecat dari Presiden UIAM. Ketika itu beliau masih memegang jawatan tersebut.

Seminggu kemudian, Utusan Malaysia melaporkan Tan Sri Sanusi Junid benar-benar dipecat dari jawatan Presiden UIAM dan diganti oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Berita Harian pula melaporkan beliau melepaskan jawatan secara sukarela. Sehari sebelum itu, Berita Harian melaporkan bahawa beliau menyatakantidak akan melepaskan jawatan tersebut.

Jika difikir secara Teori Domino, maka adalah sangat logik untuk dihujah bahawa ‘perletakan jawatan’ Tan Sri Sanusi dari jawatan Presiden UIAM adalah bermotif politik, lebih khusus kerana kepentingan politik UMNO. Antara sebabnya adalah:

1. Tanpa sebarang sebab diberikan untuk perletakan jawatan tersebut.
2. Kontrak Tan Sri Sanusi Junid sepatutnya berakhir pada 2010
3. Kes ini rentetan dari Tan Sri Sanusi mengisytiharkan keluar dari UMNO
4. Respon Menteri Pengajian Tinggi seminggu sebelum laporan rasmi perletakan jawatan tersebut
5. Tan Sri Sanusi mengeluarkan kenyataan tidak akan meletak jawatan sekalipun tekanan.

Jika benar alasan pemecatan Tan Sri Sanusi adalah bermotif politik kepartian, maka ini merupakan satu pencabulan yang amat besar bagi dunia akademik, khususnya bagi sebuah universiti bertaraf antarabangsa iaitu UIAM. Arena akademik telah menjadi mangsa permainan politik berkepentingan. Apa komen mahasiswa dan para academician?

Jawatan-jawatan dalam kerajaan, termasuklah post strategik bukan hak ekslusif bagi individu atau parti tertentu. Apatah lagi dalam lapangan akademik, lebih-lebih lagi kelayakan individu terbabit perlu diutamakan berbanding kedudukan dalam parti. Selagi tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang dan etika ke’kerajaan’an (buka ke’parti’an), selagi itu dia layak memegaang jawatan yang telah dipersetujui berdasarkan kontrak.

Sila baca artikel saya sebelum ini: UIAM bukan hak UMNO, untuk ulasan yang berkaitan.

Dengan ‘kemajuan’ yang ada di Malaysia ini, masih ada pemimpin Malaysia bermentaliti kolot dengan permainan politik sempit, membelakangi kepentingan rakyat untuk kepentingan kelompok tertentu. First class facility, thirs class mentality. (copy ayat pakdi)

5 Responses to “Tan Sri Sanusi dipecat dari Presiden UIAM”

  1. As said

    Hari ini mereka semakin menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka. Lupakah mereka bahawa rakyat sedang memerhati gelagatnya segala..?

    Rakyat pula, masih butakah atau apa?

    Owh, malunya patik berada di bawah pimpinan mereka..!

  2. Nani-chan said

    diorg ni childish la…memalukan tau perangai mcm ni. kite yg mmg budak pun tade perangai mcm ni tau. ape ah..

  3. In our country, top positions are packed with people who don’t fit the criteria needed in that area. The position as president of UIAM or any other university should be one who not only understands politics, but most importantly also understands students…should have at least had (if not many) a few years, in educating students.

    Isn’t being President of an educational intitution in order provide the best for its main customers: the students? By what other means could a person understand them if not through spending years in teaching or studying student psychology?… did Tan Sri Sanusi have this background?

    Latar Belakang Tan Sri Sanusi


  4. Latar Belakang Tan Sri Sanusi

  5. n said

    kembalikan kegemilangan UIAM.. jgn cabul UIAM… UIAM adalah tempat terhormat, garden of knowledge n virtue!.. jangan jadikan UIAM medan politik!.. UIAM adalah medan mencari ilmu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: