Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Berita… berita… berita…

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 8, 2008

Berita utama….

Harga minyak naik! (semua orang dah tau). Ini merupakan hadiah dari kerajaan kepada pengundi-pengundi kerana memilih untuk mengekalkan kerajaan. Inilah yang kami, rakyat mahukan. Terima kasih Barisan Nasional kerana memahami keperluan rakyat.

Berita nasional…

Seorang Menteri mewakili kerajaannya didapati telah menipu rakyat apabila mengeluarkan kenyataan pada 3 Jun 2008 yang minyak mungkin naik harga pada bulan Ogos, tetapi sebaliknya terus mengumumkan kenaikan harga minyak keesokan harinya iaitu pada 4 jun 2008. Beliau nampaknya telah mengikut teladan Perdana Menterinya yang melakukan kegiatan tidak sihat (baca: tipu) yang sama 13 Februari lalu. Timbalan Perdana Menteri pun turut terjebak dalam angkara yang hampir serupa berdasarkan kenyataannya 25 Februari lalu.

Berita selanjutnya…

Tarikh 4 Jun di sambut rakyat Malaysia sebagai hari kemiskinan mendadak seMalaysia apabila rakyat berpendapatan rendah dan sederhana pasti dan pasti lagi pasti terbeban dengan kenaikan ini. Owh, hari ini tidak perlu disambut oleh menteri, menteri dan orang-orang besar. Oleh itu, selamat mengamalkan gaya hidup orang miskin.

Berita sukan…

Sempena EURO 2008, harga jersi dijangka meningkat lebih dari 40% kesan dari kenaikan harga minyak. Oleh itu, kepada peminat bola sepak dinasihatkan agar menukar gaya hidup kepada lebih berjimat cermat iaitu dengan berkongsi jersi (tiru kempen kongsi kenderaan) dan menonton TV beramai-ramai di rumah selepas solat tahajud berjemaah untuk mengelakkan dari membazir minyak untuk keluar.

Berita luar negara…

%$#^%^$&^*$#&
%#$^%^#$%$#%%$#
@!#!@$#%^%&#$
%&^#&^&%@%$%@#$

Aisey… siaran tergendala. Harap maaf…🙂

9 Responses to “Berita… berita… berita…”

  1. soulsealer said

    kalau tak silap dulu pemimpin wanita umno kata pas cuba bawa masyarakat balik ke zaman jahiliah bila suruh bertudung dan berpakaian sopan.

    pastu suh makan ubi, ganti nasi

    ok, pasni suh naik unta plak, bleh?

    wuhu, mari ke zaman jahiliyah?

  2. Azrul Hisyam said

    berita luar negara

    bukan siaran tergendala. tp letrik kena potong sbb tarif naik. rakyat x mampu bayar.

    ps: aku sempat beli jersi euro sblm harga minyak naik!

  3. To Soulsealer: Unta susah didapati kat Malaysia. So, jom naik KUBA (baca: kerbau) ramai2

    To Azrul: Cis! Aku nak sokong TOGO sebenarnya. Main guno jin. Tapi dia tok masuk EURO la pulop. haha

  4. diya said

    aduhai. sy pegi mana2 blog, msti cite pasal minyak. rsnya blog sy je kot takdek cite psl minyak. [tak terasa sgt bile minyak naik harga sbb tak suka drive😛 ]

  5. Nani-chan said

    nani sedih sgt dgn benda ni…nani kesian paksu n maksu nani…dahlah diorg kene jaga nani, kne hantar nani g kelas dr puchong ke shah alam…gaji bukan besar..ish, nani sedih sgt..napelah kerajaan buat mcm ni..nani rasa terbuli sgt…

  6. ah. stylo skali entry ini. anyways, harga minyak melonjak naik mmg memberi 1 kesan yg besar bukan shja trhdap msyrkat m’sia ttapi juga kpd sy selaku pengguna motosikal. aiseh

    no more piping for cars
    no more speeding over 100 km/h

    haha

  7. szakif said

    Do we need to unite under the name of bloggers united? Read here for more info and I desperately need your comments and thoughts. Spread the news and thank you!

  8. To Diya: Tak lama lagi, diya akan terasa dengan kenaikan harga barang, terutama sekali makanan. Kesan kenaikan harga minyak ni sangat besar tau.

    To Nani: Keluhan Nani, keluhan 26 juta rakyat Malaysia yang lain juga. (tak termasuk mereka yang kaya-raya-maya tahap cipan). Apa kata pakcik makcik yang menampung hidup menoreh getah, bersawah padi, tiada pekerjaan tetap? Dari makan nasi, dah ubah ke makan ubi. Lepas ni nak makan apa pula? Kulit kayu rebus? Rumput goreng? Pasir masak kicap?

    To EmcEE: Saya juga pengguna motosikal. Walaupun cuma berkapasiti 100cc, tapi ntah kenapa sejak 4 Jun, tiba-tiba ‘tangki minyak jadi besar’.

    To Szakif: Will do, insyaALLAH. Tunggu ye🙂

  9. As said

    harga minyak naik, bukan efek mereka yang guna kenderaan je, slow2 akan efek semua orang sebab harga minyak yang tinggi akan menaikkan harga barang2 lain.

    Mampukah para nelayan untuk mengisi tangki minyak bot mereka dengan pendapatan yang tidak seberapa..?

    Yang miskin akan terus miskin..yang kaya akan terus kaya raya..

    Tapi, setiap sesuatu ada hikmah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: