Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

UIAM bukan hak UMNO

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 2, 2008

Utusan Malaysia, 1 Jun 2008 melaporkan:

Nasib Sanusi di UIAM akan ditentukan

KUALA LUMPUR 31 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi belum memutuskan sama ada akan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Sanusi Junid selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas beliau melepaskan keahliannya daripada UMNO.

Kenapa dengan keluar UMNO, perlu dilucutkan jawatan dari sebuah institusi milik kerajaan?

UIAM adalah institusi yang dibiaya dengan duit pembayar-pembayar cukai, bukan yuran ahli-ahli UMNO. Mentaliti sebahagian orang UMNO yang bermentaliti kelas ketiga memang menganggap kerajaan adalah milik UMNO. Hak kerajaan adalah hak UMNO.

UMNO bukan UMNO yang dulu lagi. Faktor mentaliti kelas ketiga, kedegilan untuk berubah memungkinkan UMNO pupus 2013 nanti.

Berbalik kepada isu UIAM, suka hatilah kalau nak hentikan kontrak Tan Sri Sanusi Junid. Tapi kalau alasan untuk memberhentikan beliau adalah kerana beliau keluar dari UMNO, maka nyatalah UMNO memang tak layak mentadbir negara kerana keputusan kelas kelapan belas itu.

Kalaupun Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenakan tindakan ke atas Presiden UIAM tersebut dengan alasan beliau menggunakan jawatan untuk kepentingan politik, KPT jangan lupa, UMNO dan BN telah lama menggunakan nama ‘kerajaan’ untuk turun ke universiti (dan institusi-institusi kerajaan lain) untuk kepentingan ‘parti’. Maka, KPT juga perlu pecat semua makhluk tersebut, termasuk KPT sendiri.

Atas nama kesedaran hak dalam perlembagaan, kecelikan politik bijak dan keinsafan membela maruah universiti, mahasiswa UIAM tidak mahu Tan Sri Sanusi dipecat kerana alasan bodoh, apa lagi sekiranya beliau mungkin akan diganti pula oleh makhluk bermentaliti kelas ketiga – hanya kerana politik keji UMNO.

UIAM adalah hak rakyat – bukan hak UMNO!

13 Responses to “UIAM bukan hak UMNO”

  1. ghenjis khan said

    what the hell is a Politician doing as President of UIA?

    UIA needs a President who is true international scholar who knows Arabic very well and other International Languages, like French and English, Farsi, Turk as these are languages spoken in Muslim Countries.

    UIA needs a President who is respected by the Muslim Countries at large at least amongst their scholars and political leaders.

    UIA needs a President who is part and parcel of the body of world renowned Muslim Scholars or at least is at ease and in touch with the majority of them in the West as well as in the Middle East.

    Get rid of this Tan Sri Sanusi Junid and appoint a true and authentic Muslim scholarly leader not some has been politician.

  2. hayyi said

    Mesti kena pecat punya!hoho…

  3. no komen

    Hidup UMNO!!!

  4. soulsealer said

    dia pecat sebab dia kira orang yang keluar parti itu, tidak akan menurut kehendak dorang, dan dorang adalah pemerintah, maka susahlah nak kontrol uia nanti. nampak macam tak salah tindakan dorang, tapi..

    off topic; awal-awal jangan letak kaki politik untuk pegang jawatan camtuh!!!

  5. Nani-chan said

    ini…nani tak pandai nk ckp pape…tp kan..nani rase utk jd pemimpin tu, mmg kene tau byk benda yg relevant dgn jawatan yg dipegang itu… awan..nani dah post entry baru…nak tau apa pendapat awan ttg yg ni pulak…

  6. pakdi said

    walaupun wa tidak suka itu sanusi jadi presiden, tetapi memang lawak antarabangsa dia bakal dilucutkan kerana tidak lagi jadi ahli umno.

    hahaha.. hidup 78 sen!

  7. Nana-chan said

    mmg pelik~
    apa pula kene mengena keahlian umno dgn jawatan dlm uiam.

    >.<

  8. As said

    tatau nak kata pa da eh~

  9. To ghenjis khan: Yeargh! Gimme 5 bro!

    To Hayyi: Haha. Pecat semua sekali. Tapi Kuantan baru dapat Campus Director baru

    To Matematis Muda: Meng’hidup’kan UMNO dari luar – Dr M

    To Soulsealer: Politik Malaysia memang cacamarba

    To Nani: Hoho. Lain orang, lain interest. Dah komen. Mission accomplished!

    To Pakdi: Buat bisnes jual basikal la plak pasni

    To Nana: Haa… tu la reality ur university. Sapa suruh masuk UIA😛

    To As: tak kata pun takpe. taip je🙂

  10. janggut tapir said

    saya hadiahkan batu nisan untuk umno…umno perampok sebenar !

  11. jazz~my luv said

    atas permintaan..komen la jgk kt cni (hehe..sj bt ayat terpaksa).

    erm..wat will KSN yg ganti tan sri sanusi junid nih bt??

  12. Janggut Jebat said

    To Ghenjis Khan:

    Do you really know who is elegible to become the President of UIA? If you don’t know what Tan Sri Sanusi has contributed to UIA then go and read here http://sanusijunid.blogspot.com

    I even saw him learning and practising Arabic language. Apart from Dr. Mahathir, please name any politician that never stop reading and has a big 2-storey library at his/her house.

  13. […] Comments Shinobi D. Awan on Berita… berita……jazz~my luv on UIAM bukan hak UMNOal-wafi on Ezam dan perubahanszakif on Berita… berita……EmcEE_SubZeRo on […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: