Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ezam dan perubahan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 31, 2008

Ezam masuk UMNO. Kecoh. Nama yang hampir dilupakan di pentas politik terkini tanah air tiba-tiba kembali hangat. Tidak cukup dengan itu, “layanan” terhadap Ezam sangat istimewa. Anda tidak perlu menjadi bekas Perdana Menteri untuk mendapat layanan seperti itu. Bekas PM pun tak seistimewa tersebut layanannya.

Ezam dapat menyerahkan borang keahlian UMNO seumur hidup beserta yuran keahlian RM100 direct kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia. Hei, tau tak Menteri pun perlu membuat temujanji untuk menemui PM bagi membincangkan hal ehwal negara? Ezam pula dapat menemui PM hanya untuk menyerahkan borang keahlian UMNO.

Kemudian, Ezam ditemuramah secara live oleh TV3 melalui saluran Buletin Utama pada Rabu lalu. Live! Tahu tak apa itu “live”? Dalam bahasa German, “live” bermaksud “Siaran Langsung”!

Dalam temuramah tersebut, Ezam manyatakan, sebab utama beliau kembali menyertai UMNO adalah kerana dasar-dasar baru yang PRO-REFORM yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO. Beliau mengulangi berkali-kali perkataan “pro-reform”.

Ezam juga menyatakan, prinsip beliau adalah untuk melihat dan memastikan “perubahan”. Change. Beliau juga menyatakan bahawa, itulah juga tugas yang telah dilaksanakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dan Rasul-rasul sebelum baginda, khususnya Nabi Ibrahim AS. Wah! Prinsip dan tindakan yang beliau lakukan siap disandarkan kepada matlamat pengutusan Nabi dan Rasul.

Ezam tak salah jika beliau mengatakan Nabi dan Rasul khususnya Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS diutus untuk melakukan perubahan. Ya, saya akui kebenaran itu. Tapi, tindakan yang kita dapati menunjukkan beliau BELAJAR TAK HABIS.

Persoalan asas yang saya kira belum difahami oleh Ezam adalah;
1. Perubahan APA yang dibawa oleh Nabi dan Rasul.
2. Dan BAGAIMANA untuk memandu perubahan itu.

1. Perubahan APA? Dari pengabdian diri kepada makhluk kepada pengabdian mutlak kepada ALLAH SWT.

Dari material-centric, kepada ALLAH-centric. Dari bukan Islam, kepada Islam. Dan perubahan yang dimaksudkan bukan sekadar perubahan kosmetik atau sekadar bersifat luaran (syiar). Perubahan hendaklah perubahan yang total; bermula dari dasar (aqidah dan keimanan) sehingga ke segala bentuk sistem kehidupan (sistem ekonomi, pendidikan, politik, ketenteraan, pentadbiran, dll).

Perubahan kulit muka, perlu dirawat dari dalam (sel). Solekan kosmetik semata-mata tidak mampu menutup ke’buruk’an wajah seseorang. Kulit muka yang sihat sudah tidak lagi perlukan kosmetik, kerana ia akan menampilkan keanggunan yang natural.

Dan segalanya perlu bermula dengan dasar, naik ke sistem. Dari dalam-ke-luar. Perubahan yang bersifat kosmetik, sekadar untuk mencantikkan yang buruk pastinya tidak akan kekal dan ia bukan perubahan yang dituntut oleh Islam. Ya, kita dapat melihat angin perubahan besar yang berlaku dalam pentadbiran negara selepas tsunami, ribut taufan, tornado PRU12 baru-baru ini. Antaranya, dalam sistem kehakiman dan restruktur dalam BPR. Tapi, penganalisis politik tetap melihat perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah bersifat luaran, yang belum ditunjangi oleh perubahan dasar-dasar negara.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah perubahan dasar. Dato’ Seri Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS berulang kali menyatakan:

“Kalau UMNO tukar dasar kepada Islam, ambo (saya) akan bubar PAS”

Ini adalah kenyataan yang berani dan jelas menyatakan komitmen beliau kepada DASAR perjuangan, bukan kepada PARTI. TG Nik Aziz amat memahami, PARTI hanya ALAT untuk merealisasikan DASAR. Kalau sudah ada alat lain yang boleh digunakan untuk menjayakan DASAR – dalam kes ini merujuk kepada UMNO sebagai ALAT – maka mengikut disiplin keorganisasian, PAS sudah tidak perlu wujud. Semua ahli PAS akan masuk UMNO. Tapi syaratnya adalah: UMNO tukar dasar dari nasionalisme-sekularisme kepada Islam yang total.

Seterusnya, barulah masuk kepada perubahan sistem, yang ditunjangi oleh dasar Islam tersebut.
Bagi saya, kalau benar Ezam masuk UMNO kerana dasar pro-reform yang dimaksudkan, maka Ezam telah tertipu dengan kosmetik kerajaan.

2. BAGAIMANA memandu perubahan? “Farudduhu ilaLLAHi warrasul”

Persoalan BAGAIMANA untuk membawa perubahan adalah persoalan taktik dan strategi. Rujukannya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak kurang pentingnya adalah sumber dari sirah nabawiyyah. Aplikasi dari sumber-sumber asas tersebut pula perlu mengambil kira kesesuaian masa, tempat dan keadaan.

Memahami nas-nas atau dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah ini dinamakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai Fiqh An-Nusus (Fiqhunnusus) – kefahaman tentang nas-nas. Kefahaman dari sudut tafsiran, asbabun nuzul, asbabul wurud, syarah, dan lain-lain yang directly related dengan kefahaman tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah ini dinamakan sebagai Fiqh An-Nusus.

Tetapi, memahami Fiqh An-Nusus semata-mata tidak memadai untuk aplikasi ke arah perubahan. Ia perlu dengan kajian strategik semasa, fakta-fakta penting yang terperinci, dan satu pemahaman yang holistik dengan keperluan dan tuntutan mengikut tempat, masa dan keadaan. Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, lapangan ilmu ini dipanggil Fiqh Al-Waqi’ (Fiqhulwaqi’) – kefahaman tentang keadaan dan suasana setempat.

Kefahaman dalam dua lapangan ilmu ini amat penting untuk memastikan kita melakukan “benda yang betul, kepada orang yang betul, pada masa yang betul, dengan cara yang betul” (Doing right things, to the right people, at the right time, by the right way)

Selain itu, Al-Qaradhawi juga menyatakan lapangan ilmu lain yang perlu dikuasai oleh seseorang da’i, pemimpin dan orang yang ingin melakukan perubahan adalah: Fiqh Al-Aulawiyyat (Kefahaman tentang keutamaan), Fiqh Al-Muwazzanaat (kefahaman tentang keutamaan) dan Fiqh At-Taghyir (kefahaman tentang melakukan perubahan)

Maka, bagi saya jika benar hasrat Ezam menyertai UMNO adalah untuk melakukan perubahan berasaskan keyakinan kepada dasar-dasar pro-reform yang diperkenalkan kerajaan, maka Ezam masih belum memahami tentang BAGAIMANA unuk melakukan perubahan berdasarkan sumber yang tulen melalui kaedah yang tepat.

Segalanya masih subjektif

Sukar untuk membaca tindakan orang yang dikategorikan sebagai a damn good politician (ahli politik yang sangat baik). Setiap langkah yang mereka ambil, pasti wujud underlying goals (agenda tersembunyi). Walaupun Ezam bukanlah sehebat Dr Mahathir dalam arena politik, bukan bermakna beliau seorang yang mentah dengan sepak terajang, penampar pelempang dunia politik.

Tiada solid conclusion boleh dibuat buat masa kini dengan tindakan Ezam menyertai UMNO. Orang lain hanya mampu meramal. Sebab dan tujuan sebenar hanya diketahui oleh Ezam, dan mungkin beberapa orang sahaja, dan pastinya ALLAH SWT.

Jadi, perubahan apa yang dimaksudkan oleh Ezam?

7 Responses to “Ezam dan perubahan”

  1. soulsealer said

    lama betoi duk tunggu update. macam statesman kata di http://miorisfandy.blogspot.com ;

    “Kenapa Ezam tidak memilih PAS yang sentiasa memperjuangkan agenda perang terhadap rasuah sejak dulu lagi dan belum pernah kita dengar Kerajaan PAS selama 18 tahun dipalit dengan najis rasuah!”

    “Berjuanglah dengan prinsip yang tegas. Jangan berjuang kerana kepentingan peribadi dan hawa nafsu semata-mata.”

  2. diya said

    sy agak kurang berminat dgn politik malaysia tambah2 lg skang ni politik kat mesia dh mcm overdose plak. huhu

    tapi, sy sgt tertarik dgn ayat ni

    “Doing right things, to the right people, at the right time, by the right way”
    🙂

  3. cik awan said

    orang politik memang cam ni.. suka ajer buat surprise dan benda pelik-pelik,.

  4. To Diya: Setiap orang ada minat berbeza. Teruskan dengan minat Diya🙂

    Cik Awan: Orang politik ni – Ada yang bijak. Ada yang bodoh. Ada yang bodoh tapi perasan bijak.

  5. al-wafi said

    erm…ada silap…
    Fiqh Al-Muwazzanaat xmembawa maksud=kefahaman tentang keutamaan…
    bukan ke FIQH AL-MUWAZZANAT=KEFAHAMAN TENTANG PERTIMBANGAN…….??
    mungkin penulis xsedar ttg kesilapan ini…=)

  6. salam ziarah.makin rancak politik Malaysia.;)

  7. […] yang sama pernah terjadi kepada Ezam Mohd Nor. Beliau antara pemimpin utama PKR, jatuh bangun bersama DSAI sejak era awal kebangkitan reformasi. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: