Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Baik dan mem’baik’kan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 6, 2008

Albert Einstein pernah berkata:

“Kejadian manusia sangat pelik. Kita hidup sebentar sahaja dan tidak tahu mengapa kita dijadikan, kecuali segelintir sahaja yang merasakan mereka tahu. Tetapi satu perkara yang pasti adalah setiap kita dijadikan untuk orang lain.”


(Dipetik dari buku The 21 Indenpensable Qualities of a Leader tulisan John C. Maxwell)

Pengaruh dan sumbangan Albert Einstein bukan lagi suatu yang boleh diragui, apa lagi untuk dipertikaikan.Sumbangan beliau bukan dalam dunia sains semata-mata, tetapi turut mencakupi bidang falsafah. Teori relativiti dan teori quantum yang beliau kemukakan adalah satu penemuan sains yang agung dan belum diatasi oleh mana-mana penemuan sains terkini. Bahkan, teori tersebut telah mencabar falsafah materialistik yang berkembang biak dari ideologi Karl Marx.

Kedua-dua teori itu berjaya menyentuh tentang soal paling dasar dalam kehidupan di alam ini dari kacamata sains dan telah menempiaskan pengaruh ke bidang kefalsafahan. Beliau bukan sekadar mengkaji sains secara ‘surface’ atau sekadar mengembangkan teori yang sedia ada, sebaliknya, Eintein cenderung dan telahpun membongkar sains hingga ke peringkat paling dasar dan mengemukakan teori yang menjadi asas segala asas kepada sains dan kehidupan.

Sebagai seorang yang cenderung untuk membumi dan mendasar-asaskan idea, tentu pandangan beliau tentang sebab kejadian manusia juga bukan suatu yang main-main dan mempunyai asas penghujahan yang kukuh.

“Tetapi satu perkara yang pasti adalah setiap kita dijadikan untuk orang lain.”

Bagi saya, pandangan Einstein amat hampir dengan matlamat asas kejadian manusia yang dinyatakan oleh ALLAH SWT dalam dua firmanNYA:

1. Manusia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada TUHAN

“Dan tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU” (Surah Az-Zariyaat: 56)

2. Manusia dijadikan untuk memakmurkan bumi (kepada makhluk-makhluk lain)

“Dan (ingatlah) tatkala TUHAN kamu berfirman kepada malaikat-malaikat; Sesungguhnya AKU hendak mejadikan di atas bumi seorang khalifah”. (Surah Al-Baqarah: 30)

Peranan khalifah adalah: Pengganti tugas-tugas kenabian, menjaga agama dan menguruskan dunia dengan agama

Hidup untuk memberikan manfaat kepada orang lain bukan lagi sesuatu yang optional. Hidup dalam satu pasukan yang setiap ahli pasukan tersebut sentiasa berusaha untuk menguatkan antara satu sama lain. Bermula dengan perubahan, pengembangan dan penambahbaikan dalam diri sendiri, sekaligus berkadar langsung dengan usaha untuk menyumbang kepada orang lain.

Islam telah mengajar manusia dengan sebaik-baik ajaran untuk menjadi sebaik-baik manusia melalui satu sabda sebaik-baik manusia, iaitu Nabi Muhammad SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

7 Responses to “Baik dan mem’baik’kan”

  1. NMZ said

    nice article though…syukron

  2. sibawih said

    sangat idealistik…artikel y bek…
    tp klu dilihat scr realiti,sejauh mana dpt diaplikasikan??

  3. aria ayumi said

    thanks for sharing. very nice info. 😀

  4. NMZ : The ‘nice’ is from ALLAH. AlhamduliLLAH

    Sibawih: Artikel ini memang melontarkan sesuatu yang idealis. Dari sudut praktikal, perlukan judgement dan yardstick lain pulak.

    Aria Ayumi: Thanks for visiting, Aria 🙂

  5. crayon kakak said

    hehe. aria’s here. dah lama sbnrnya nak uat account wordpress, tapi baru skang tercapai niat yg dh lama tertangguh. huhu

  6. sibawih said

    artikel ni mmg akan jd idealistik disebabkan dr segi praktikalnya,ramai org y xdpt dipraktikkan….
    ramai y sedar & tau tentang TEORI,tp dr segi PRAKTIKALnya ramai y FAIL…termasuklah “org y bg comment ni”….(“,)
    mgkin lepas ni,cik SHINOBI D AWAN leh wat artikel ttg “indicator” samada hidup seseorg itu telah memberi manfaat kpd org lain @ tidak…sebab mainpoint artikel ni masih blh dikembangkan byk lg…..k,CHAIYOK2X for next artikel…=)

  7. As said

    Salam jengah, Kalau ada masa boleh update lagi 🙂

Leave a reply to crayon kakak Cancel reply