Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

You’ll Never Walk Alone II

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on April 24, 2008

Pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara.
Keputusan: Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield.

Mari kita analisis perlawanan dan pasca-perlawanan dua gergasi bola sepak ini.

1. Tuah dan nasib

Chelsea bernasib baik kerana gol sendiri oleh John Arne Riise pada minit ke-93 permainan.
Liverpool tidak bernasib baik kerana Riise tertanduk bola ke gawang sendiri.

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah Chelsea Avram Grant pun tak tau.”

Tuah? Nasib? Apa itu?

Saya percaya, unsur ‘tuah’ dan ‘nasib baik’ memang wujud di dunia. TUHAN yang berkuasa ke atas segala-galanya mampu berbuat apa sahaja. Kerana itu, adanya unsur ‘nasib’ baik atau tak baik dalam kehidupan. Itu adalah kehendak dan kuasa TUHAN.

Tapi adakah segala-galanya bergantung kepada ‘tuah’ dan ‘nasib’? Adakah ‘tuah’ datang bergolek tanpa perlukan usaha? Adakah Chelsea hanya mengharapkan ‘tuah’ untuk mendapatkan gol dalam perlawanan bola tersebut?

Jawapannya: Tidak.

Hanya TUHAN dan pasukan Chelsea sahaja yang tahu, betapa mereka bertungkus lumus cuba menyerang dan terus menyerang di saat-saat akhir permainan untuk memperoleh gol untuk menyelamatkan kedudukan mereka. Kalau mereka berkata dan hanya bergantung kepada ‘nasib’ dan ‘tuah’,pastinya mereka tak perlu berusaha. Berada di tengah padang dan bermain polis sentri sesama sendiri.

Adakah Riise akan terjaring gol sendiri jika Malouda tidak membuat hantaran lintang dari sisi kiri padang?
Adakah Riise akan terjaring gol sendiri jika dia menyepak dan bukan menanduk bola hantaran Malouda tersebut?
Adakah gol sendiri akan terhasil jika Riise menyengetkan kepalanya sebanyak 30 darjah lagi ketika menanduk bola tersebut?

Kuncinya disini, ‘nasib’ dan ‘tuah’ bukanlah jawapan sebenar kepada keputusan Liverpool vs Chelsea. Kedua-dua pasukan bertungkus lumus untuk menjaringkan gol. Dan gol sendiri Riise juga disebabkan faktor usaha Chelsea dan usaha Riise sendiri.

Anda perlu berusaha untuk mendapat keputusan yang anda inginkan dan ‘nasib’ dan ‘tuah’ bukan alasan untuk anda tidak berusaha.

2. Sentiasa positif dan mempositifkan orang lain.

Apa reaksi Liverpool apabila mereka seri di tempat sendiri, dengan memberi credit kepada Chelsea kerana Chelsea mendapat jaringan di tempat lawan.

(Kepada yang tidak faham credit apa yang Chelsea dapat, anda perlu belajar undang-undang asas bagi Liga Juara-juara terlebih dahulu)

Rafa: “We can win at Stamford Bridge”
Gerrard: “Spirit of 2005 can see us through”
Kuyt: “This team can score anywhere”

Mereka tidak hilang motivasi. Mereka tidak hilang semangat. Mereka tidak down. Bahkan kata-kata mereka menggambarkan mereka semakin positif dan bersemangat untuk berhadapan dengan Chelsea di gelanggang Chelsea nanti.

Kata-kata ini sekaligus menaikkan semangat para penyokong Liverpool. Para penyokong terus memberikan sepenuh sokongan dan menaruh harapan tinggi untuk melihat kemaraan Liverpool ke peringkat akhir Liga Juara-juara di Moscow. Perlu ingat, siapalah sebuah kelab bolasepak tanpa penyokong yang setia. Menjaga penyokong amat penting bagi sesebuah organisasi.

Inilah yang dikatakan sebagai positif dan mempositifkan. Berulang kali saya menyatakan Habit ke-8 yang dikemukakan oleh Stephen Covey: “Find your voice and influence others to find theirs”.

Ini juga sebenarnya kualiti hidup seorang Muslim. Sering kita ulang bacaan surah Al-‘Asr:

(1) Demi masa
(2) Seseungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.
(3) Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
(4) Serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Ayat ke-3 al-‘Asr menyeru kita untuk menjadi individu yang positif dan konsisten dengan sikap positif tersebut. Manakala ayat ke-4 surah ini menyeru kita untuk menyebarkan sikap positif itu kepada orang lain dengan usaha berpesan-pesan sesama kita.

Nah! Islam telah lama mengajar umatnya dengan sikap ini.

Kali ini, sikap ini ditunjukkan pula oleh para pendokong Liverpool untuk penyokong mereka.

.
.
.

Walau Liverpool seri kali ini. Walau Liverpool tewas kepada Manchester tempoh hari. Walau Liverpool pernah tewas kepada Barnsley. Walau Liverpool berjaya atau gagal ke Moscow pada tahun ini. Walau apapun yang terjadi kepada Liverpool, penyokong Liverpool sentiasa berpegang teguh dengan prinsip mereka:

YOU’LL NEVER WALK ALONE!

All da best Liverpool!

Artikel berkaitan: You’ll Never Walk Alone

5 Responses to “You’ll Never Walk Alone II”

  1. zukhairi said

    assalamualaikum.. ehem2.. prinsip hidup yer??

  2. Hehe.

    Owh… wahai penta’ruf ku Abg Zulkhairi…
    Tu prinsip samaran @ atas kertas je sebenarnya.
    Prinsip hidup yang sebenar lain.🙂

  3. NMZ said

    we are what we think. If positive touts were planted, positive things will be the outcome🙂

  4. Nani-chan said

    not a football fan. im a quidditch fan. *^^* nice entry. i learnt a few things. btw, you’re tagged, Awan. *^^* check out my blog for more info. and dont run away! you have to do it!!

  5. […] ulasan tentang bola sepak: 1. You’ll Never Walk Alone 2. You’ll Never Walk Alone II 3. EURO […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: