Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Suruhanjaya Kehakiman dan SPRM

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on April 22, 2008

Sudah lama saya tidak menulis. Sudah sebulan. akhir-akhir ini, berlaku peristiwa yang besar dalam negara yang cukup menarik perhatian semua pihak. Ada dua yang paling besar dan menarik:

1. Reformasi dalam sistem kehakiman dengan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman
2. Reformasi dalam BPR dengan cadangan penstrukturan semula membentuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Ulasan saya tentang peristiwa-peristiwa ini:

Satu : Taktik diversion

Seperti biasa, UMNO memainkan taktik diversion. Untuk menghentikan cakap-cakap tentang krisis dalaman BN/ UMNO yang akan memdedahkan kelemahan UMNO yang sangat dahsyat, maka UMNO memerlukan satu berita besar untuk menutup berita aib mereka. Terdahulu, isu ternakan babi di Selangor cuba dimainkan. Tapi mereka gagal, malah berita itu menjadi backfire kepada UMNO/ BN sendiri. Kali ini, nampaknya mereka berjaya kerana hampir seluruh media perdana berhenti dari bercakap tentang krisis UMNO (untuk masa ini)

Dua : Manusia sentiasa ada sisi positif.

Ketika Zaid Ibrahim diumumkan dalam Kabinet baru Malaysia, cakap-cakap belakang mula risau kerana Zaid Ibrahim merupakan seorang Ahli Parlimen yang pernah mencabar untuk menyaman Enakmen Jenayah Syariah 2 Negeri Kelantan di mahkamah. Dalam kata lain, baliau cuba mencabar undang-undang ALLAH. Wow! Dikhuatiri beliau akan terus membuat onar terhadap usaha untuk merealisasi undang-undang Islam dalam negara. Tetapi kini, beliau boleh dikatakan initiator dalam BN untuk reformasi sistem kehakiman.

Tiga : Menutup weak point

Pak Lah cuba menutup very weak point BN yang menjadi antara punca besar rakyat menolak BN dalam PRU 12 yang lalu. Mungkin langkah ini boleh dianggap radikal bagi UMNO/ BN kerana ia jelas bertentang dengan prinsip dan kata-kata UMNO/BN sebelum ini. Menjelang bermulanya sidang Dewan Rakyat 27 April ini dan Perhimpunan Agung UMNO atau Perhimpunan Luar Biasa UMNO pada tahun ini, diharapkan langkah ini dapat meredakan ledakan pembangkang di Parlimen dan perwakilan di Perhimpunan UMNO.

Empat : Cuba mengukir Sejarah

Angin begitu hebat bertiup dalam UMNO menuntut berlakunya peralihan kuasa. Dato’ Najib juga secara indirect telah memberi isyarat bahawa beliau telah bersedia menggantikan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Dalam situasi yang menggambarkan beliau sebagai PM dan Presiden UMNO paling lemah dalam sejarah Malaysia, Pak Lah cuba menyelamatkan imejnya dengan mengukir reformasi radikal dalam pentadbiran Malaysia. Dengan harapan supaya generasi selepas ini akan mengatakan; “Pak Lah telah membawa perubahan besar kepada sistem kehakiman dan pencegahan rasuah Malaysia!”.

Lima : Kerajaan melaksana manifesto pembangkang

Kedua-dua reformasi ini merupakan antara agenda utama parti-parti pembangkang (PAS dan PKR) dalam manifesto PRU-12 yang lalu. Kini, pembangkang boleh mendabik dada bahawa mereka telah berjaya mendesak kerajaan melakukan perubahan. Tetapi hakikatnya, kerajaanlah yang melakukannya. Sejarah akan berkata: BN yang melakukan perubahan (lebih spesifik, Pak Lah), bukan PAS atau PKR.

Enam : Reformasi kosmetik?

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga sebuah badan bebas. SPR sepatutnya tak tertakluk kepada kerajaan. Tetapi bukti-bukti yang ada menunjukkan SPR tetap bias dan menjadi alat kerajaan untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU. Isu penyalahgunaan media, pengundi hantu, penyalahgunaan platform kerajaan untuk kepentingan parti merupakan antara isu-isu besar yang masih dipandang buta dan dipekakkan telinga oleh SPR. Adakah suruhanjaya kehakiman dan anti rasuah ini benar-benar reliable? Atau ia cuma satu lagi alat kosmetik kerajaan untuk menjagi imej dan prestasi mereka?

.
.
.

Saya sebenarnya seorang yang sentiasa optimis, negara kita akan bertambah baik dan akan menjadi negara yang ideal suatu hari nanti. Namun, itu bukan bermakna saya mudah berada dalam comfort zone dan tertipu dengan sepak terajang dunia politik.

Plan for the best, prepare for the worst. Ayuh bersama kita bina Malaysia Baru dan menyahkan segala anasir perosak tanah air!

One Response to “Suruhanjaya Kehakiman dan SPRM”

  1. […] atas tiket UMNO. Beliau pernah menentang PR (terutamanya PAS). Beliau merupakan orang kuat kepada reformasi Suruhanjaya Kehakiman dan SPRM semasa pentadbiran Tun Abdullah. Tetapi kini beliau bersama […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: