Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Idea ‘baru’ yang ketinggalan zaman

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 17, 2008

Bubarkan semua parti komponen BN. BN sebagai parti tunggal untuk semua kaum.

Demikian cadangan dari Parti Gerakan Negeri Perak yang telah kehilangan semua kerusinya dalam PRU12 lalu. Pengerusinya Datuk Chang Ko Youn berkata cadangan ini wajar bagi memastikan BN terus relevan dalam senario politik semasa kerana berdasarkan trend pilihan raya yang baru selesai, rakyat Malaysia kini tidak lagi mengundi parti yang mewakili satu-satu kaum.

“Ramai pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan. Ini menunjukkan politik kaum telah dikurangkan.”

Laporan akhbar-akhbar maya hari ini:

MStar online : Gerakan cadang BN jadi parti tunggal semua kaum di Malaysia
Utusan Malaysia online: BN satu parti tunggal?
Berita Harian online: Cadang BN satu parti

Mungkin ada yang kata, ini adalah idea baru untuk BN. Saya secara peribadi, belum mendengar apa-apa cadangan seumpama ini dari BN, baik UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang lain.

Parti Keadilan Rakyat (hasil gabungan KeADILan dan Parti Rakyat Malaysia) pun akan kata: “Kami dah buat 10 tahun lepas!” Hm…

DAP akan kata: “Kami lagi lama!” Hmmmm…

Apa kata UMNO?

Dato’ Onn Jaafar, orang bertanggungjawab mengasaskan UMNO telah pun mencadangkan idea ini sejak hayat hidup beliau. Beliau mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada kaum-kaum lain. Idea beliau tidak diterima, lantas beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara. Tetapi misi beliau untuk menyatukan semua kaum di bawah satu parti gagal kerana Parti Negara akhirnya dibubarkan.

Apa kata orang UMNO sekarang?

(burung-burung berkicau, bunyi ombak menderu….)

Apa kata PAS?

Nampaknya, Parti Gerakan (parti komponen BN) benar-benar ketinggalan zaman. Bahkan, seluruh komponen BN yang masih tidak sedar keperluan integrasi ini adalah jauh lebih ketinggalan zaman. Ini bukan lagi zaman kuno. Orang Kelantan kata: buke zame jakpa-tonggek. Ini zaman teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), langit terbuka, dunia tanpa sempadan, kampung global (global village), glokal (pinjam istilah Dato’ Najib), first class mentality, dan lain-lain. Zaman ini telah mengenepikan faktor perkauman. Dah lama dah…

dato-onn-jaafar-ii.jpg

TAPI!

Islam telah lama mendahului semua idea ini. Lebih 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW datang di dunia bebal Arab telah lama membawa idea beyond nations and borders ini. Islam yang diutuskankan oleh ALLAH SWT langsung tidak memandang kepada faktor kaum, bangsa, warna kulit atau lain-lain pertimbangan fizikal.

Islam adalah untuk SEMUA.

Anda Melayu? Cina? India? Red Indian? Eskimo? Papua New Guinea? Hitam? Putih? Belang-belang? Normal? Cacat? Semua faktor ini langsung tidak dipandang oleh Islam. Semuanya boleh menganut Islam dan berhak mendapat kemuliaan. Yang membezakan sesama manusia hanyalah tahap ketaqwaan kepada ALLAH:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu pelbagai jenis bangsa dan kabilah-kabilah untuk kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi ALLAH ialah yang paling bertaqwa dikalangan kamu….” (Surah Al-Hujuraat : 13)

Hanya Islam menjadi pembeza.

Di Malaysia, PAS jauh lebih lama mendahului idea ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, PAS sebenarnya membuka keahlian untuk semua kaum, dengan syarat hendaklah beragama Islam – kerana hanya dengan Islam kita mulia. Bagi yang bukan beragama Islam (belummendapat hidayah), mereka berpeluang menyokong PAS dengan menyertai Kelab Penyokong PAS dari pelbagai kaum.

PAS komited untuk membawa agenda Islam untuk kepentingan semua kaum demi kesejahteraan DUNIA dan AKHIRAT. Sebagaimana slogan yang dibawa oleh PAS: PAS untuk semua!

pas_utk_semua.jpg

12 Responses to “Idea ‘baru’ yang ketinggalan zaman”

  1. cik awan said

    betul tu…

  2. Nani-chan said

    i dont know wat to say..dont do politics much..but i kinda think you’re right. *^^*

  3. Awan Badai said

    It’s ok nani-chan. Politis is only a parf of life. But every part of life affected by political matters. So, either you realize or not, u’r a part of politics🙂

  4. pakdi said

    tiada komen pasal kabinet baru?

    Zaid Ibrahim sudah jdi menteri…

  5. kipp said

    Politik dan Islam tak dapat dipisahkan. Terimalah hakikat ini wahai BN. Islam untuk semua, dan juga politik juga untuk semua.

  6. entry yg sgt bernas dan bagus.ana bukan student uia.org biasa je.lihat pada susunan kabinet baru, byknye yg pro pak lah.apa komen anda?bagaimana agaknya perjalanan politik najib agaknye ye selepas ni…

  7. Pakdi: Kabinet = almari (kan?). Kabinet kali ni tempat Pak Lah simpan ‘barang-barang’ keperluan beliau. Yang rasa macam tak perlu, dia dah buang.

    Kipp: Tiada Islam tanpa politik. yeargh!

    Puteri: Komen? *seperti di atas*. Tambahan: Najib tu, nak halau tak leh lagi. Kena letak kat tepi pintu dulu. Ada peluang, terus suruh dia keluar dan tutup pintu kabinet tu. Hoho

  8. double eye said

    salam…
    mungkin PAS perlu lebih banyak promosi dan guna pendekatan yang berbeza utk tarik non-Muslim utk menyertai/menyokong PAS… most of them doesnt really know (read:understand) apa yang PAS laung-laungkan PAS utk semua…mentaliti yang perlu dibetulkan…

    smoga rahmat Islam menyinari alam dgn kepimpinan baru.. amin..

  9. retribute said

    Ok,skarang aku try bg pendapat aku, n harap x de yang tersingung,klu ade salah harap diperbetolkan, sekarang simbolik melayu dan cina.. adalah islam dan kafir, ape yg kite cube perjuangkan adalah hak2 orang melayu islam agar tak ditindas oleh orang2 kafir(cina dan india). Kita tidak menindas cina dan india, malah kite menjage keharmornian hidup diorang, tp msalahnye kafir laknatullah nih tamak.. nakkan lebey ble diberi kemudahan, ok ape yg cina kafir 2 x dpt kt malaysia? bley kate 90% ekonomi malaysia die pegang, n ape yg kafir laknat 2 nak lg? kuase pemerinthan islam..

    “KERAS” terhadap orang2 kafir :
    Allah s.w.t. berfirman, “Orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang kepada sesama mereka (sesama mukmin). Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya.[al Fath : 29]

    Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda, “Aku adalah Nabi yang penuh kasih sayang, aku adalah Nabi yang berada dalam lembah peperangan,(sebagai simbol kekerasan). Baginda juga bersabda, “Aku adalah orang yang suka tersenyum, tetapi juga tidak segan-segan MEMBUNUH (MUSUH MUSUH YANG MEMBAHAYAKAN KAUM MUSLIMIN). Sedangkan umat baginda merupakan umat pertengahan (ummatan wasathan).

    dan Allah sendiri telah bersabda
    “Allah sekali-kali tidak akan pernah memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai kaum Mukmin” [TMQ an-Nisa’ [4]: 141].

    so tugas kite sebagai muslim adalah memastikan negara kite diperintah oleh orang islam dan bukan orang cina(kafir)
    Menjaga hak dan kelebihan yg kite ade ni satu tangungjawab

    Allah sendiri bersabda ” aku x kan mengubah sesebuah kaum itu andai mereka tidak mengubahnye sendiri”

    so untuk ape kite pegang n jage kelebihan dan hak2 kite? supaye bakal generasi kite akan datang, anak2 kite, adik2 kite, terjamin kedudukannye bile kite dah x de kelak.. itulah yang cube diperjuangkan.. hak2 orang melayu islam..

    wallahualm

  10. retribute said

    2 la awan, pendapat aku x lah bernas sgt, ilmu aku tak tinggi mane, tahap akal yg dikurnikan nila aku guna sebaik2nye n aku harap dpt berkongsi pendapt

    regard
    Pejuang Retro

    http://retroser.blogspot.com/

  11. retribute said

    sbenarnye kisah pergaduhan merebut kuase n kerajaan ni da lame da, sjak zaman nabi adam lg meh bace cite ni..

    Al A’raf 11-25:

    11. Sesungguhnya kami Telah menciptakan kamu (Adam), lalu kami bentuk tubuhmu, Kemudian kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, Maka merekapun bersujud kecuali iblis. dia tidak termasuk mereka yang bersujud.

    12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” menjawab Iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

    13. Allah berfirman: “Turunlah kamu dari surga itu; Karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”.

    14. Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”.

    15. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

    16. Iblis menjawab: “Karena Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

    17. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

    18. Allah berfirman: “Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya”.

    Akibat dari membangga2kan diri beliau, akhirnye syaitan diusir dr syurga, akibat tamakkan kuase memerintah bumi yg sementara..
    best kan cite ni, renung2kan..

    tugas kita menghormati pemimpin

    Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:“Sesungguhnya dilantik ke atas kamu amir-amir (ketua-ketua) yang kamu kenali dan kamu bantah. Barangsiapa yang benci maka sesungguhnya dia tidak bersalah dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya dia selamat, tetapi sesiapa yang rela dan tunduk. Mereka pun berkata: “Adakah kita perangi mereka? Baginda bersabda,“Tidak, selagi mereka mendirikan solat.[H/R Muslim]
    *berhakkah kite memusuhi pemimpin wlaupun corrupt mane pon?
    jgn la kite menghina, salurkan jalan yg baik sperti pilihan raya

    Ertinya:
    Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang bid’ah yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

    H.R. Abu Daud dan Tirmizi

    Keterangan
    Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu: Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

    Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

    Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

    Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).

    pemipin smua same, x kirela doktor gigi ke ade ijazah dr AL-AZHAR ke andai masih berpandukan nas dan al quran..
    so kite x ley kutok seseorang pemimpin 2 slagi die mungucap 2 kalimah syahadah, bersembahyang, amar makruf nahi munkar, wlaupun hanye secebis debu skalipon..

    Islam Hadhari sendiri x boley disebut bid’ah slagi berpandukan nas dan hadis
    Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
    Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
    Kerajaan Adil dan Beramanah
    Rakyat Berjiwa Merdeka
    Penguasaan Ilmu Pengetahuan
    Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
    Kehidupan Berkualiti
    Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
    Keutuhan Budaya dan Moral
    Pemeliharaan Alam Semulajadi
    Kekuatan Pertahanan

    wallahualam

  12. zulyunus said

    zulyunus.blogspot.com telah berpindah ke zulyunus.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: