Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Waiting Government

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 16, 2008

1. ALLAHyarham Dato Fadzil Noor pernah menyatakan dalam salah satu muktamar tahunan PAS beberapa tahun lalu, PAS dan ahli-ahli PAS hendaklah berfikir, bertindak dan mempamerkan ciri-ciri “waiting government”.

images.jpg

Senior saya yang baru melangsungkan perkahwinannya🙂 , Kitaro pernah mengulas tentang isu ini di sini.

2. MStar online hari ini melaporkan, YB Salahuddin Ayub menyeru supaya pembangkang mengubah minda mereka dan menunjukkan “minda memerintah”

“Kita tidak mahu lihat pembangkang cakap seperti pembangkang di Parlimen, mereka perlu mempunyai minda pemerintah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat parti itu di sini, Sabtu.

3. De-facto Leader PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan: We’re a ‘government in waiting’

4. Saya juga telah menulis bahawa kejayaan BA kali ini sebagai peluang BA menunjukkan kebolehan memerintah Malaysia.

petamalaysia.jpg

Minda, personaliti, dasar, ucapan, tindakan dan segala-galanya mesti berubah. Pembangkang bukan lagi memiliki bermentaliti “pembangkang”, tapi bermentaliti “kerajaan” atau “pemerintah”. Kata-kata hikmah ada menyatakan: “It’s easy to oppose, but it’s not easy to propose”

Pandangan tajam dari ALLAHyarham Dato Fadzil Noor telah sampai ke masa yang betul-betul sesuai untuk dipraktikkan. Pelbagai persoalan perlu dirungkaikan oleh pakatan BA. Bukan sekadar kemelut pelantikan MB di Perak, atau lain-lain krisis inter-parti. Tetapi seluruh rakyat sedang menantikan wajah pentadbiran yang akan ditonjolkan oleh BA (terutama sekali PAS) sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Ini bukan masa untuk BA terus berkrontasi sesama sendiri, lantas diambil peluang oleh BN untuk memenangi kembali hati rakyat. Tetapi ini masa antara BA untuk menterjemahkan agenda mereka kepada rakyat dalam bentuk TINDAKAN yang boleh dilihat oleh rakyat, bukan lagi ucapan manis atau kertas manifesto berwarna-warni.

Actions speak loder than words!

BA cuma ada masa 4 hingga 5 tahun. Masa yang cukup singkat. Sekiranya peluang ini diabaikan, jangan salahkan orang lain sekiranya rakyat hilang keyakinan kepada anda.

One Response to “Waiting Government”

  1. kipp said

    “BA cuma ada masa 4 hingga 5 tahun. Masa yang cukup singkat. Sekiranya peluang ini diabaikan, jangan salahkan orang lain sekiranya rakyat hilang keyakinan kepada anda.”

    Ya betul. Harap gunakan masa ini dengan sebaik mungkin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: