Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ulasan PRU 12 (5): JK (Jejak Kasih) untuk KJ

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 15, 2008

JEJAK KASIH ini ditaja oleh Ultimatum21 Corp.

Ketika artikel ini ditulis, Adik Sharlinie belum dijumpai. Tetapi ada insan lain pula yang hilang.

Insan ini sangat popular dipopularkan sebelum 8 Mac lalu. Setiap hari, mukanya pasti muncul di televisyen. Cakapnya yang berapi-rapi lagi meletup-letup sentiasa mendapat perhatian orang ramai yang diramaikan.

Aksinya sentiasa mendapat liputan media, baik media rasmi mahupun media yang beliau gelar sebagai beruk. (baca: blog). Nama beliau sering disebut-sebut oleh bekas Perdana Menteri dan Bekas Timbalan Perdana Menteri yang sudahpun belot kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Itu cerita sebelum 8 Mac.

.
.
.

Akan tetapi, beliau telah hilang dari khalayak media sejak 9 Mac lalu. Hingga hari ini (15 Mac 2008), satu patah perkataan pun belum kita dengar dari beliau.

Kepada sesiapa terjumpa beliau dimana-mana sahaja, tolong hubungi TV3 ataupun RTM ataupun Berita Harian ataupun Utusan Malaysia ataupun NST.

Dimanakah beliau?
Apa beliau sedang buat?
Apa komen beliau tentang PRU12 lepas?
Apa perasaan beliau terhadap keputusan PRU12?

Siapakan beliau? Ini gambarnya:

kj3.jpg kj.jpg kj2.jpg

Tolong…

3 Responses to “Ulasan PRU 12 (5): JK (Jejak Kasih) untuk KJ”

  1. hisommudin said

    Terima kasih saudara kerana prihatin. Marilah kita sama-sama cari mamat sekor nih….Tengok senarai kabinet, takde plak dia nih jadi menteri….kalu jadi menteri, alamat tsunami kedua plak melanda Malaya….Adios!

  2. Awan said

    Mamat ni dikatakan berada di Singapura. (khabar angin selatan) Kononya lari kerana iparnya, Kamaluddin marah. (spekulasi liar) Tunggu, kot-kot nama masuk dalam senarai kabinet, nasib baik takde. Tapi tak tau apa pulak plannya lepas ni

  3. jazz said

    yup!!mana g nye KJ nih pas election??
    hari2 tggu cite dia, xde plak..
    isk isk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: