Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 13, 2008

BA yang terdiri dari pakatan PAS, PKR dan DAP berjaya merampas pentadbiran 5 negeri: Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekututan, serta mengekalkan kemenangan di Kelantan dengan margin besar.

barisanrakyat2.jpg

Pada PRU 1999, BA telah berjaya menjadi pembangkang yang hebat. Parlimen telah digegarkan dengan idea-idea bernas, fakta-fakta, hujah-hujah kental dari pembangkang yang membuatkan kerajaan sentiasa tak senang duduk.

Namun, menjadi pembangkang yang baik belum tentu mampu menjadi kerajaan yang baik. Sehingga saat ini, BA masih belum ada satu benchmark keupayaan mereka untuk mentadbir negara, melainkan kejayaan PAS di Kelantan.

Tetapi kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan belum cukup untuk mempamerkan keupayaan sebenar BA kerana Kelantan terdiri dari majoriti Melayu dan Kerajaannya cuma dari kalangan Exco PAS. Ini berbeza dengan realiti sebenar Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar kaum, ada negeri yang majoriti Cina dan Malaysia juga memerlukan kabinet dari bukan Melayu (bukan Islam) untuk turut serta dalam pentadbiran.

Kali ini, anugerah untuk BA untuk mentadbir 6 negeri adalah peluang yang terbaik untuk BA mempamerkan keupayaan mereka mentadbir urus negeri secara adil dan bersih, jauh lebih baik berbanding kerjaaan BN.

Senarionya, setiap 5 negeri (tidak termasuk Wilayah Persekutuan kerana WP tiada kerusi DUN) mempunyai realiti yang berbeza. Saya bahagikan 5 negeri ini kepada 5 kondisi:

Kondisi 1 (Kelantan) : Negeri majoriti Melayu. Exco kerajaan semua dari kalangan Melayu
Kondisi 2: (Kedah) : Negeri majority Melayu. Exco ajoriti Melayu, dengan kehadiran beberapa Exco bukan Melayu.
Kondisi 3 (Selangor) : Komposisi bukan Melayu yang ramai, bahkan hampir seimbang dengan Melayu. Exco juga terdiri dari campuran Melayu dan bukan Melayu
Kondisi 4 (Perak) : Majoriti rakyat bukan Melayu. MB adalah Melayu, tetapi ADUN majority adalah bukan Melayu
Kondisi 5 (P. Pinang) : Komposisi Cina mendominasi. Melayu adalah minority. Ketua Menteri adalah orang Cina, dengan kehadiran beberapa orang ADUN Melayu.

(Sehingga saat artikel ini ditulis, Kabinet Kerajaan Negeri semua negeri belum diumumkan)

PAS yang memiliki wakil-wakilnya dalam semua negeri, berhadapan dengan cabaran mentadbir negeri dengan situasi-situasi yang berbeza. Ini menguji dinamika mereka sebagai sebuah parti Islam dan peluang untuk membuktikan gerakan Islam mampu menjamin hak-hak warga bukan Islam.

Sekiranya mereka berjaya mentadbir kesemua negeri ini dengan baik, maka nyatalah BA telah bersedia dan mampu mentadbir Malaysia. Sekiranya mereka gagal, mungkin masanya masih belum sampai.

Prestasi mereka akan dinilai oleh rakyat dan jawapan kepada keupayaan mereka mungkin ada dalam PRU ke-13 nanti.

2 Responses to “Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA”

  1. […] Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA […]

  2. […] tambahan: 1. Ulasan PRU 12 (1): Faktor Kemenangan 2. Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda 3. Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA Posted in: Uncategorized ← Hello world! Be the first to start a […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: