Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ulasan PRU 12 (4): Antara Parti Mahasiswa Negara dan nenek Maimun

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 13, 2008

Ini adalah pandangan satu sisi.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah mencatatkan sejarah baru negara apabila sebuah parti politik ditubuhkan oleh kumpulan Mahasiswa. Dalam PRU12 baru-baru ini, PMN hampir-hampir berjaya menghantar calon mereka bertanding di Parlimen Kepala Batas.

Maimun Yusuf, seorang nenek yang bekerja menjual kain juga mencatat sejarah pilihanraya apabila masuk bertanding dalamusia 89 tahun.

maimun2.jpg

1.
PMN: Mengisytiharkan akan menghantar calon ke Parlimen Kepala Batas, kubu YAB Perdana Menteri lebih awal. Namun akhirnya, mereka gagal kerana dihalang oleh pihak berkuasa (yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka).

Nenek Maimun: Dengan tidak semena-mena muncul sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu. Tanpa walau angin sesepoi bahasa, nenek Maimun berjaya bertanding dengan menggunakan gambar kunci sebagai lambing calon.

Antara PMN dan nenek Maimun, siapa yang lebih berjaya dalam misi mereka -> bertanding dalam PRU12?

2.
PMN: Strategi mengisytihar, mencipta kesedaran dan gelombang awal. Tetapi mungkin telah mengejutkan ‘musuh’, lantas ‘musuh’ mengambil langkah berjaga-jaga

Nenek Maimun: Senyap-senyap dulu, heboh kemudian.

Strategi siapa lebih efektif dalam mencapai misi bertanding?

2 Responses to “Ulasan PRU 12 (4): Antara Parti Mahasiswa Negara dan nenek Maimun”

  1. penasalju said

    nampaknya nenek maimun lebih bijak dari PMN…:)

  2. Aba1010 said

    Saya ingin menarik perhatian, bagaimana pengambil video lingam boleh menjadi YB sekarang ini. Rakyat pada pada 8.3.2008 telah memilih calun yang bukan BN. Jika ditakdirkan PMN dapat bertanding 1 lwn 1 dgn BN, Insya”Allah berkemungkinan akan menang. Rakyat sebenarnya sedang membuat ‘experiment’ sekarang ini. PMN terdiri dari golongan muda,sedang menuntut,ada keazaman tinggi, bolehkah agaknya kebolehan menghadapi tekanan dan ketekunan menghadapi peperiksaan dapat disumbangankan menyelesaikan masalah rakyat?.

    Saya cadangkan PMN bergabunglah dengan parti BA yang ada seperti PKR. Calun muda PKR, Nurul Izzah pun boleh berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: