Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 13, 2008

169px-soekarno.jpgAktivis-aktivis mahasiswa dan gerakan-gerakan pemuda sering memetik kata-kata Sukarno:

“Berikan aku 10 orang pemuda. Nescaya aku akan gegarkan dunia”.

Kata-kata ini kedengaran seperti satu retorik. Tetapi maksud di sebalik kata-kata ini mengambarkan pemuda yang memiliki sifat-sifat kepemudaan pasti mampu member natijah yang besar kepada dunia.

Kali ini, tanggal 8 Mac 2008 lepas, terbukti anak-anak muda telah menggegarkan pentas politik Malaysia. Beberapa peristiwa menjadi bukti kepada kuasa ini:

1. Kemenangan besar Barisan Alternatif (PAS, PKR dan DAP) dalam PRU 12, diakui banyak bergantung kepada saluran pengundi-pengundi muda. BN yang telah berkuasa selama 50 tahun di Malaysia telah ditewaskan oleh silent majority anak-anak muda.

2. Cubaan Parti Mahasiswa Negara untuk menghantar calon di Parlimen Kepala Batas, kubu Perdana Menteri. Sayangnya, atas beberapa faktor diskriminasi, usaha ini digagalkan oleh pihak yang langsung tak berautoriti untuk menghalang mereka. Namun, mahasiswa telah membuka lembaran baru sejarah Malaysia.

3. Di Terengganu, tindakan nekad anak kepada Dato Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil menyekat bas yang dipercayai membawa pengundi-pengundi hantu dan ‘merampas’ kad-kad pengenalan mereka menyerlahkan lagi keberanian dan kuasa anak muda. Saya cuba bayangkan jika saya berada di tempat Saudara Khalil. Fuh! Orang Kelantan kata: “Gedebe!”.

4. Kemenangan Nurul Izzah binti Anwar yang baru berusia 28 tahun menewaskan seorang Menteri! Ini suatu yang luar biasa. Saya sekarang berusia 22 tahun. 6 tahun lagi, adakah saya pula akan mencabar dan menewaskan Dato’ Mustapha Mohamad di Jeli atau Tengku Razaleigh di Gua Musang pula? (oh…)

Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membuktikan kemampuan anak muda dalam mencorak landskap politik Negara. Ini bukan kebetulan. Tetapi anak-anak muda ini memiliki ‘sesuatu’ yang semakin lenyap dan cuba dilenyapkan oleh pihak-pihak tertentu.

Gusti Putri Adroyono dalam filem Puteri Gunung Ledang berkata:

Setiap orang punya impian. Impian itulah yang meneruskan kehidupan

Anak-anak muda kini punya impian. Impian untuk melihat Malaysia baru, ditadbir urus dan dipimpin secara adil dan telus, bukan lagi oleh pemimpin yang berkepentingan dan membelakangi rakyat.

Anda seorang anak muda? Percayalah anda memiliki suatu kuasa yang besar sekiranya digunakan pada masa dan saluran yang betul. Sejarah lampau dan peristiwa masa kini telah membuktikannya. Ini bukan lagi masa untuk berpeluk tubuh menjadi penonton pasif. Kita hapuskan persepsi terhadap golongan muda, kononya tidak memberi apa-apa bahkan menambah masalah negara. Nah, kini kita akan selesaikan masalah negara kita. Ayuh kita bangkit kearah Malaysia yang lebih baik.

Pesanan saya kepada pihak yang berkuasa, jangan lagi pandang rendah kepada kuasa generasi muda. Suara mereka harus didengari dan diberi perhatian sekiranya anda ingin memerintah dengan selamat. Kalau tidak, PRU 13 mungkin ada jawapan yang terbaik untuk anda nanti.

One Response to “Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda”

  1. […] tambahan: 1. Ulasan PRU 12 (1): Faktor Kemenangan 2. Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda 3. Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA Posted in: […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: