Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Mahasiswa tidak dibenar berpolitik?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 26, 2008

AUKU jelas menyatakan mahasiswa tidak dibenar terlibat dengan mana-mana parti politik. Rules and Discipline Act 2004 UIAM juga menyatakan hal yang sama walaupun dalam kenyataan yang berbeza.

(UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU kerana UIAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Akan tetapi, UIAM memiliki akta tersendiri yang 2 x 5 dengan AUKU)

Persoalannya: Kenapa?

Persoalan paling asas yang perlu dijawab adalah apa itu politik?

Persoalan asas kedua yang perlu difahami adalah perbezaan antara ‘politik’ dengan ‘politik kepartian’.

Dalam kampus, mahasiswa sentiasa berpolitik. Kerana sistem politik adalah sistem asas yang perlu wujud untuk mentadbir manusia, walau dimana manusia berada. Tanpa politik, tidak akan ada kehidupan bermasyarakat. Dalam sebuah universiti, mahasiswa juga ditadbir dan mentadbir. Maka, bukankah itu bermakna mahasiswa juga berpolitik dalam kampus?

Kemudian, mahasiswa dihalang dari terlibat parti politik. Dalam lafaz ikrar (baiah) bagi mahasiswa tahun satu yang baru melangkah ke alam universiti, pasti ada kenyataan agar mahasiswa tidak akan terlibat dengan parti politik.

Kenapa?

Adakah ada pihak yang takut dengan pengaruh dan kuasa mahasiswa?

Mahasiswa memiliki kuasa tersendiri yang mampu memberikan kesan yang besar kepada latar sosial negara. Cuma, mahasiswa dilemahkan dengan akta-akta yang menakut-nakutkan mereka. Kesannya, mahasiswa bukan sahaja lemah dalam kesedaran politik, bahkan deria sensitiviti mahasiswa terhadap segala isu yang berlaku di sekeliling mereka juga amat lemah.

Kalau fenomena itu dibiarkan berterusan, tidak mustahil produk yang akan lahir dari sebuah universiti suatu hari nanti sangat lemah dan tidak kompetitif. Graduan hanya berfungsi untuk memenuhkan kerjaya-kerjaya kosong di pasaran kerja, tanpa ada rasa insaf untuk memperbaiki negara ke arah yang lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: