Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Kuantiti vs kualiti

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 13, 2007

Level 3 (kurang ajar) : “Siot arr kedai makan tu… harga mahal nak m****s tapi rasa tak sedap langsung!!! Cam t***!! Baik masak t*** lagi la dari masak nasik!!! B*** betul!!!”

Level 2 (berajar) : “Tak patut betul la, makanan takde la sedap pun… tapi harga mahal.”

Level 1 (mengajar) : “Walaupun tak sedap lagi mahal, syukurlah pada ALLAH sebab masih dapat makan.”

Pernah alami situasi di atas? Itu sekadar prolog untuk menggambarkan bahawa harga yang mahal belum tentu mendatangkan hasil yang setimpal. Mahal tak semestinya sedap. Kuantiti belum menjamin kualiti. Ada unsur lain perlu ditambah untuk menjadikan kuantiti itu juga berkualiti. Apa itu?

Berita Harian, 13 Disember 2007 melaporkan:

Muhammad makin popular

LONDON: Muhammad bakal mengambil alih Jack sebagai nama budak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam yang menjadi faktor utama mengapa kadar penduduk di negara itu mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

Gembira? Mungkin…

Malaysia juga punya ramai orang Islam. Indonesia mencatat peratusan penduduk Islam tertinggi dunia. India? Pakistan? Bangladesh? China? Semua negara ini dihuni oleh begitu ramai orang Islam. Itu belum dicampur dengan negara-negara lain lagi.

Untuk mengetahui statistik kependudukan Muslim di dunia, sila klik di link ini: http://islamicweb.com/begin/population.htm

statistic.jpg

Namun, realitinya keramaian yang ada ini hanya menyesakkan sahaja dunia tetapi tidak menyumbang kepada kemajuan Islam itu sendiri. Lebih dahsyat lagi, mereka inilah yang menjadi back-fire kepada Islam.Tepat sekali sabda Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan umat akhir zaman yang umpama buih di lautan. Banyak, tapi lemah.

Bagaimana untuk mengembalikan kualiti umat Islam?

Terlalu panjang jalannya, terlalu sukar perjalanannya, terlalu perit untuk melaluinya.

Namun, sekurang-kurangnya, pelihara diri kita sendiri untuk menjaga ke’izzahan Islam. Tingkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa. Kemudian tolonglah umat Islam lain demi memelihara kemuliaan diri mereka dan agama Islam.

Belajarlah Tabiat ke-8 (8th Habit) oleh Stephen R Covey: Find your voice, then help other to find theirs!

7 Responses to “Kuantiti vs kualiti”

  1. hye awan!! wah! chumelnye blog baru…
    hehe. hm, nani sokong memelihara memelihara diri sbg langkah pertama memelihara islam. huhu. tapi bape ramai yg aware ttg betapa perlunye kite berbuat demikian??

    ok, awan kene g komen kt entry nani yg bertajuk my apologies..itu entry khas utk readers… nani tunggu awan.

  2. dalam perbualan mengenai kualiti vs kuantiti yang telah dipaparkan, nampaknya nana berada dlm kategori “terajar”. insya allah pada masa akan dtg, akan masuk dlm kategori “mengajar” pulak.

    bagusnya, “muhammad” akan melebihi “jack”!!

    thx, “u-mate”.

  3. nurilahi said

    erm, nama Islam yang bermula dengan Muhammad belum tentu membawa makna dia seIslam namanya..
    do pray for ourselves, and our ummah.

    wallahu’alam.

    p/s : nice blog, keep it up!

  4. syarifah said

    erm..tue lah akibat apabila juzu’ islam berpecah dengan muslim….kita xnampak islam didunia ini walaupun dengan adanya ramai muslim….MUSLIM:FANTASI OR REALITI??…ekoran muslim xde gambaran y jelas dengan “begin with the ends in mind” tentang hakikat islam,maka muncullah sindrom quantity or quality….=)

  5. […] yang stereotype atau cerita-cerita tahyul yang tidak membina minda. Ada harga, tetapi rendah nilai. Kuantiti yang tidak berkualiti. […]

  6. […] jumlah umat Islam semakin ramai. Tetapi, identiti Islam tidak gah seperti ramainya umat. Umat buih , kata Nabi […]

  7. […] yang stereotype atau cerita-cerita tahyul yang tidak membina minda. Ada harga, tetapi rendah nilai. Kuantiti yang tidak berkualiti. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: