Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ramainya orang susah…

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 7, 2007

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Talian Nur 15999 sebagai saluran aduan kepada rakyat berkenaan dengan kebajikan keluarga dan masyarakat. Talian tersebut dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh YAB PM.

Rentetan dari itu, Berita Harian, Jumaat, 7 Disember 2007 melaporkan: Talian Nur terima 298 panggilan

KUALA LUMPUR: Talian Nur 15999 yang diwujudkan untuk membantu golongan memerlukan, menerima panggilan tanpa henti daripada orang ramai yang mahu membuat pelbagai aduan sejak dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin.Selepas 12 jam dilancarkan, 298 panggilan diterima dan kebanyakannya mahu mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

povertysmall.jpg

298 panggilan dalam masa 12 jam. Bermakna 24.8 panggilan setiap jam. 1 panggilan setiap 2.4 minit. Bayangkan kalau anda adalah salah seorang operator. Mau tak jenuh melayan panggilan yang tak henti-henti.

Kesimpulan mudah yang boleh kita buat – terlalu ramai rakyat yang susah dan ingin mengadu!

Itu dalam ketika talian ini baru sahaja dilancarkan dan kewujudan talian ini belum disedari oleh keseluruhan lapisan masyarakat, terutamanya penduduk di luar bandar.

Menurut Blog YB Husam Musa yang terkenal dengan hujah berdasarkan fakta dan angka, memetik laporan yang disiarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’:

Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;

1. Sabah – 32,297
2. Terengganu – 8,300
3. Perak – 5,730
4. Sarawak – 5,243
5. Kedah – 4,938
6. Kelantan – 3,550

Setelah 50 tahun merdeka, inilah realiti hidup rakyat Malaysia. Begitu ramai lagi rakyat yang hidup melarat dalam status ‘kemiskinan tegar’. Apa makna kemegahan KLCC, KL Tower, KLIA, sistem pengangkutan canggih di ibukota (LRT, Monorel, ERL, komuter), Litar F1 Sepang dan lain-lain simbol kemajuan negara jika masih ramai rakyat yang hidup melarat.

Saya tidak menafikan kepentingan adanya ‘makhluk-makhluk’ tersebut – untuk menarik pelabur, perkembangan ekonomi, kemajuan sektor pelancongan, dsb. Namun pembangunan fizikal negara perlulah seimbang dan mengambil kira keperluan rakyat.

Saya rasa ada benarnya kata-kata seorang tokoh politik: Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

Bagaimana agaknya corak negara pada masa hadapan? 5 tahun lagi? 10 tahun? Tahun 2020? Adakah fenomena ini akan berubah atau bertambah parah? Sebagai seorang mahasiswa, saya menganggap ini adalah cabaran bagi mahasiswa sekarang tatkala mereka melangkah ke alam realiti sebenar beberapa tahun lagi.

Dengar dan sedarlah wahai mahasiswa. Anda bakal peneraju negara masa depan. Anda mampu mengubahnya jika anda memiliki kesedaran dan kemahuan. Ayuh kita realisasikan mahasiswa sebagai agen merubah masyarakat. Dari kampus ke lapangan ummah!

2 Responses to “Ramainya orang susah…”

  1. aria-ayumi said

    bersyukurlah kite ade segala kemudahan…🙂 long time no see.. i tot u awan badai rite?😉

  2. mia said

    tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima… semoga kita semua diberkatiNya, Aameen =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: