Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Kosong (0) yang tidak kosong

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 6, 2007

Anda kenal angka kosong (0)? (Kalau jawapan anda ‘tidak’, anda perlu kembali ke kelas tadika sebelum membaca artikel ini)

01.jpg

Angka (0) sebenarnya nombor yang amat penting bukan sahaja dalam matematik dan sains, malah dalam seluruh kehidupan manusia. Bahkan penemuan angka kosong (0) telah merevolusikan pemikiran matematik dan sains ketika awal penemuannya.

Tak percaya? Andaikan angka kosong tidak wujud. Bagaimana anda nak menulis angka satu ribu (1000)? Tak dapat. Nak tulis satu ratus dua? Tak dapat lagi. Angka kosong (0) mengikut sejarah diperkenalkan oleh tokoh matematik paling ulung, Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi – seorang tokoh matematik Islam yang banyak menemui penemuan baru dalam bidang matematik.

Lebih menarik apabila ada ahli sejarah mendakwa angka kosong (0) dicipta oleh orang Melayu!

Sila baca tulisan Fathi Aris Omar: Melayu pencipta nombor ‘kosong’?

Saya bukanlah ahli dalam bidang matematik. Malah saya seorang yang amat lemah dalam ilmu kira-kira. Saya pernah repeat subjek calculus. Sewaktu di sekolah menengah, saya sering dapat merah dalam subjek matematik tambahan.🙂 Tapi apa kata kita lihat nombor kosong dengan gaya berbeza. Walaupun nampak seperti remeh, fakta dan sejarah menyatakan bahawa penemuan nombor kosong (0) telah merevolusikan minda dunia, bermula dari saat ia bermula hingga ke akhir zaman.

Dunia telah melalui beberapa fasa revolusi. Revolusi Pertanian, Revolusi Perindustrian, Revolusi Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Tidak mustahil dunia akan mengalami revolusi-revolusi yang seterusnya yang setiap kali berlakunya revolusi, maka setiap kali itu juga paradigma dan kehidupan manusia berubah secara total. Begitu juga dalam revolusi nombor kosong ini. Pemikiran dan kehidupan manusia berubah kerananya. Hebat bukan?

Belajar dari angka kosong (0)

Sesetengah orang suka pada nombor-nombor tertentu. Jika ditanya nombor apa yang paling disukai, maka pelbagai jawapan yang akan keluar: 7… 3… 8… 23… Jika ditanya kenapa, maka semakin pelbagailah jawapannya.

“Saya suka nombor ganjil”.
“Saya lahir pada bulan 11”.
“Nombor jersey David Beckham!”.
“No. 1 adalah nombor kemenangan.”
Dan lain-lain…

Berapa orang sukakan nombor kosong? Sila angkat tangan! Saya fikir kalau ada pun, amat jarang. Bagi orang yang tidak memahami, mereka menganggap kehadiran nombor kosong (0) sebagai biasa dan tiada sebarang makna yang istimewa. Walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

‘Kosong’ dalam Organisasi

Dalam kehidupan, tidak semua orang perlu berada sebagai frontliner. Begitu juga dalam bekerja dalam satu pasukan atau organisasi. Bukan semua orang perlu jadi Presiden. Bukan semua orang perlu pegang Biro Pendidikan. Setiap orang memegang posisi berlainan untuk menjayakan visi dan misi organisasi. Inilah yang dikatan kolektif. ‘Amal jama’ie.

ALLAH SWT menyatakan dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalanNYA dalam satu barisan, umpama bangunan yang tersusun kukuh”

(Surah As-Soff: 4)

Saya cuma ingin menarik perhatian, kenapa ALLAH menggunakan perumpamaan ‘bangunan yang kukuh’ dalam menjustifikasi kaedah bekerja dalam organisasi?

Cuba lihat pada bangunan. Bangunan terdiri dari pelbagai struktur. Ada bahagian ruang lobi, ada bahagian hadapan, sisi dan belakang. Bukan semua kena jadi tiang, bukan semua kena jadi lantai. Ada bahagian yang jadi pintu, ada bahagian yang perlu jadi bilik. Semuanya perlu disusun dengan rapi agar membentuk sebuah ‘bangunan’ yang baik dan kukuh. Bahkan ada bahagian yang perlu jadi tandas. Bayangkan sebuah tanpa tandas. KLCC yang tiada tandas? Huru-hara!

Tetapi bukankah orang sering menganggap tandas sebagai suatu yang tidak mulia (baca: kotor, jijik, hina)?

Dan kesemua struktur di dalam bangunan tadi saling memerlukan antara satu sama lain untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai bangunan yang kukuh dan sesuai untuk digunakan.

Begitu juga dalam organisasi, setiap orang perlu ditempatkan di tempat yang sesuai. Bahkan ada orang yang perlu ditempatkan di bahagian yang biasanya dianggap orang sebagai ‘tidak penting’, tapi sebenarnya ia amat-amat diperlukan dalam organisasi. Hanya orang yang benar-benar faham akan memandang betapa posisi itu amat diperlukan dalam organisasi. Tidak semua yang tahu.

Dan setiap individu dalam organisasi tersebut, tidak kira di posisi mana dia berada; bekerja ke arah menjayakan visi dan misi organisasi mereka.

Jangan menganggap anda berada di posisi yang ‘tidak penting’, anda tidak mampu menyumbang kepada organsasi. Sebaliknya sekiranya anda menumpukan pada kerja anda, posisi anda akan menjadi unit yang lebih penting dari biasa bagi sesebuah organisasi.

.
.
.

Begitulah umpamanya nombor kosong (0). Ramai orang menganggap ianya tidak penting. Tetapi kewujudannya sebenarnya bukan sahaja penting dalam melengkap sistem penomboran, tetapi juga pernah merevolusi pemikiran manusia.

Angka kosong (0) bukanlah semata-mata kosong. Disebaliknya tersimpan peranan dan sejarah yang amat bermakna, yang impaknya terus dirasa hingga berakhirnya riwayat dunia.

4 Responses to “Kosong (0) yang tidak kosong”

  1. Amal jama’ie!

  2. IR said

    menarik entry ni…
    sume nombor pun penting…ada peranannya
    dan sume orang pun perlu memainkan peranan masing2 supaya kekosongan itu tak dibiar kosong begitu sahaja..

    p/s: kalau takde kosong, komputer tak boleh nak berfungsi sebaiknya.. sistem yang hnya kenal no 1 dan 0 utk berfungsi..

  3. Ya. Terima kasih IR sebab ingatkan pasal fungsi 0 dalam komputer.🙂

  4. syarifah said

    erm,pernah dapat merah dalam addmath???…..
    repeat calculus ke….or biocalculus???
    mathematician sebenarnya org y malas(malas menulis)…suka men’signifisi’kan ssuatu dalam simbol..
    tapi mereka gol y rajin berfikir….boleh mencetuskan teori2 dan men”fix”kan teori y tepat pada apikasi y betul….nombor 0 byk functionnya dlm math…sebagai contoh,dlm belajar matrices,dengan ada 0 lah,sesuatu determinat boleh dikira dengan mudah…begitu gak dalam komputer….
    buat en shinobi,dalamilah ilmu matematik sebab ia penuh dengan cabaran dan lihatlah ia dalam dimensi berbeza agar anda senang utk kuasainya…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: