Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Berita Harian vs Utusan Malaysia

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 4, 2007

Dua akhbar perdana hari ini (Selasa, 4 Disember 2007) melaporkan tentang isu yang sama tapi kandungan yang bercanggah sama sekali!

Berita Harian melaporkan:
Bank Dunia kagum IPT Malaysia

Bank Dunia mengakui institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia mampu berkembang dan menjadi pusat pendidikan tinggi bertaraf dunia hasil perhatian serius kerajaan, termasuk menyediakan peruntukan besar memajukannya.

Utusan Malaysia (muka hadapan) pula melaporkan:
Pendidikan tinggi kritikal – Bank Dunia saran sistem itu mempunyai fokus, strategi pembaharuan

Sistem pendidikan tinggi di Malaysia berada pada tahap kritikal dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Ekoran itu menurut laporan Bank Dunia, sistem pendidikan tinggi di negara ini perlu mempunyai fokus dan strategi pembaharuan yang jelas jika mahu bersaing di peringkat antarabangsa.

Yang mana satu yang betul? Adakah ini pertama kali berlaku? Atau adakah sebelum ini kedua-dua media ini juga pernah cuba menipu pembaca (rakyat) dengan laporan yang tidak tepat lagi salah lagi memesongkan?

Dalam reputasi kedua-dua media ini yang semakin buruk dari sudut kesahihan berita dan ketelusan laporan, isu ini membuka lebih banyak kurap dan panau di tubuh media perdana negara ini.

Apabila timbul isu sebegini, maka rakyat cuma mencari informasi yang betul melalui saluran-saluran alternatif – media alternatif dan blog-blog. Malangnya sebelum ini kerajaan memandang usaha rakyat ini sebagai bahaya kerana khuatir akan mendapat fakta yang salah dari sumber alternatif berkenaan. Bukankah ini usaha yang sihat; rajin mencari maklumat, menimbangkan maklumat dari pelbagai sumber kemudian membuat penilaian yang adil.

Nampaknya, rakyat juga perlu berhenti dari membaca media perdana kerana mereka juga memberi maklumat yang salah. Boleh ke camtu?

One Response to “Berita Harian vs Utusan Malaysia”

  1. IR said

    adakalanya media perdana pun lapor perkara yang tak pernah berlaku / takpernah disebutkan oleh individu tertentu.. susah nak percaya media skrg ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: