Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Hibrid

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 3, 2007

Berita Harian, Sabtu 1 Disember 2007 melaporkan:

Teknologi hibrid digalakkan

Apa itu hibrid? Hibrid boleh diungkap secara berbeza mengikut bidang tertentu. Wikipedia ada jawapan untuk anda bagi persoalan ini: Hybrid

Hibrid dalam bahasa mudah adalah “gabungan beberapa teknologi berlainan untuk menghasilkan teknologi yang lebih baik.”

Saya bukan mahu berkongsi tentang teknologi mesin. Tapi sedar atau tidak, manusia juga memerlukan ‘hibrid’ untuk lebih maju.

Hibrid dalam sejarah

Ketika ledakan ilmu dan sains oleh pada zaman Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad, saintis ketika itu menguasai pelbagai bidang disiplin ilmu. Mereka bukan sahaja faqih dalam ilmu falsafah, bahkan mereka juga merupakan ‘pioneer’ dalam banyak penemuan sains dunia yang masih kekal hingga kini.

Mereka adalah ulama’, mereka juga adalah saintis. Ini adalah faktor utama Baghdad muncul sebagai pusat keilmuan terawal dunia. Mereka adalah ‘manusia hibrid’ yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran.

Begitu juga alkisahnya apabila Cordova juga muncul sebagai pusat ketamadunan ilmu.

Menghasilkan manusia hibrid yang multi-talent

Manusia dilahirkan dengan potensi yang tidak terduga. Ada pemimpin besar dunia yang lahir dari keluarga yang susah. Ramai bisnesman dan jutawan lahir dari keluarga yang miskin dan tidak tahu berniaga. Mereka berjaya kerana mereka berjaya mengembangkan potensi mereka.

Anda tidak perlu mengklon manusia untuk melahirkan manusia hibrid. Sebaliknya potensi manusia yang tidak terduga dan pelbagai itu perlu diteroka, dikeluarkan dan dikembangkan. Bagaimana? Kuncinya ada pada kemahuan dan keiltizaman. Jalannya ada pada usaha dan kesungguhan. Jaminannya ada pada disiplin dan konsistensi.

Kita memerlukan manusia yang memiliki pelbagai kemahiran. kerana hanya mereka yang memiliki kemahiran dan daya kompetensi yang tinggi mampu melangkah jauh dan menjadi manusia berjaya.

Hibrid dan konsep Sinergi

Sila baca berkenaan sinergi di:

1. Sinergi I
2. Sinergi II

Konsep yang ingin dibawa oleh teknologi hibrid hampir sama sepeti konsep sinergi dalam berpasukan.

Meng’gabung’kan dua kuasa untuk melahirkan kuasa yang lebih ‘ummph’ dari kedua-dua kuasa tersebut.

Penerangan gambar:
Gambar di atas adalah gambar ‘super saiya’ Gogeta (Goku+Bezita). ini adalah contoh konsep hibrid dan sinergi. Tetapi anda tidak perlu belajar ilmu ‘penggabungan badan’. Sebaliknya anda perlu meneroka pelbagai bidang kemahiran dalam diri anda.

Selamat berhibrid!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: