Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

10 Dec: UNs’ Human Rights Day

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 3, 2007

PBB mendeklarasi 10 Disember setiap tahun adalah Hari Hak Asasi Manusia sedunia.

Bersempena dengan itu, Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan “People’s Freedom Walk” pada 9 Disember dengan tema “As I Believe: Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience”.

bar_logo.jpg

Berkenaan dengan itu, apabila diminta respon tentang perarakan itu maka Zainudin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia menyatakan kepada BERNAMA: Don’t Hold Any Form Of Street Protests Now

Dalam keributan isu post-HINDRAF ini, tiba-tiba Majlis Peguam Malaysia sendiri menganjurkan perarakan. Apakah Majlis Peguam tidak tahu undang-undang tidak membenarkan mereka menganjurkan perarakan itu? Bunyinya mustahil, kerana mereka adalah peguam, orang yang pakar dalam undang-undang.

Apakah polis dan FRU akan mengambil tindakan yang sama seperti mereka bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH dan HINDRAF; menembak dengan water cannon dan gas pemedih mata? Cuba bayangkan polis bertindak sebegitu kepada barisan profesional negara.

Tetapi, jika polis tidak bertindak atau memberi permit, apa pula ceritanya. Dulu bertindak, sekarang tidak, walaupun himpunan BERSIH dulu juga himpunan yang aman. Dulu kata tak boleh, sekarang boleh pula.

Kemudian, apa akan jadi apabila Peguam lawan Menteri? Kalau masuk mahkamah, siapa akan menang? Kalau pakai ISA, lain cerita lah!

Apa akan jadi selepas ini? Kita nantikan kesudahan drama-drama rakyat yang tidak berpengarah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: