Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for the ‘Sains’ Category

I-QUEST 2008 : Tahniah Mahasiswa UIAM Kuantan

Posted by Shinobi D. Awan on August 19, 2008

15 – 17 Ogos 2008: Satu lagi catatan sejarah telah di ukir di Taman Ilmu dan Budi, UIAM Kuantan.

IIUM Kuantan Festival (I-QUEST 2008 )

Festival kali ke-2 dalam sejarah UIAM Kuantan ini telah meletakkan UIAM Kuantan pada tahap yang tersendiri. Kalau gerakan mahasiswa pernah meletakkan slogan “Dari Kampus ke lapangan ummah”, kini mahasiswa UIAM Kuantan telah membawa dimensi baru kepada massa – “Membawa ummah ke lapangan kampus”

Kewujudan UIAM Kuantan suatu ketika dahulu pernah dipandang sepi oleh masyarakat sekitar. I-QUEST kali pertama pada 2007 ternyata satu inisiatif yang baik untuk memperkenalkan kampus tersebut kepada massa, namun prestasinya kurang memberangsangkan. Namun, usaha jentera kerja I-QUEST 2007 patut diberi pujian kerana meletakkan batu asas yang baik untuk diteruskan oleh generasi seterunya.

Kejayaan tidak semestinya dicapai dengan tangan kita sendiri. Tetapi memulakan langkah untuk diteladani dan dijayakan oleh generasi masa hadapan merupakan satu legasi yang wajar dibanggakan.

Tanggal 15-17 Ogos, mahasiswa UIAM Kuantan bangkit dari kejayaan-yang-belum-dicapai yang ditinggalkan oleh generasi pertama I-QUEST 2007, memacu langkah baru untuk UIAM Kuantan dan masyarakat sekitar.

Kejayaan mereka bukan sekadar dalam penganjuran programI-QUEST 2008, tetapi juga dalam meruntuhkan ‘tembok’ academic-oriented bagi pelajar-pelajar critical courses dan keeksklusifan kelompok sesama warga universiti kepada keinginan membara untuk memburu kemahiran-kemahiran berorganisasi dan meluaskan peranan universiti kepada kelompok masyarakat diluar.

Oleh itu, tahniah kepada seluruh 257 orang jentera I-QUEST 2008 kerana kejayaan anda. Anda telah membina dimensi dan paradigma baru kepada mahasiswa UIAM sendiri khasnya dan kepada masyarakat sekitar Kuantan amnya

Posted in Mahasiswa, Sains | 13 Comments »

Sorakan emosi EURO: Satu Pandangan dari Sisi Sejarah

Posted by Shinobi D. Awan on July 1, 2008

SEPANYOL SEBAGAI JUARA EROPAH: SATU PANDANGAN DARI SUDUT SEJARAH

Sepanyol menang 1-0 ke atas Jerman. Harapan dan ramalan tekaan saya 50% betul. Saya sebenarnya lebih mengharapkan pertemuan final adalah antara Turki dan Sepanyol. Kenapa?

1. Jerman adalah negara yang pernah menganut idealisme Nazi – tolak.
2. Russia sebelum ini merupakan kuasa tentera Soviet Union yang pernah membantai negara-negara umat Islam seperti Afghanistan, Chechnya, Uzbekistan, Azerbaijan, dan banyak lagi – tolak.
3. Sepanyol dan Turki yang menyimpan khazanah sejarah tersendiri yang signifikan dengan Islam.

PERTEMBUNGAN SEJARAH DUA TAMADUN

Turki dan Sepanyol. Kedua-dua negara pernah menjadi pusat keilmuan dan pusat pemerintahan Islam. Cordova ketika zaman Bani Ummayyah dan Turki ketka zaman Uthmaniyyah.

Tatkala Eropah sedang bergelut dengan Zaman Kegelapan, maka ketika itu jugalah Cordova di Sepanyol muncul menyinar sebagai sebuah pusat ketamadunan. Victor Robinson membandingkan dalam The Story of Medicine:

“Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap I bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedankan Ulama’ Islam di Cordova membina kutub khanah yang besar”

(Dipetik dari buku Minda Muslim Super, tulisan Dr Danial Zainal Abidin)

Turki menjadi simbol keampuhan Islam dalam membina jaringan antarabangsa yang bernaung di bawah satu pemerintahan. Ideologi dan sistem yang dibawa oleh Islam berjaya memakmurkan 2/3 dunia di bawah naungan satu khalifah (ketua negara/ presiden). Tidak ada lagi suatu ideologi dan sistem yang berjaya meninggalkan legasi sehebat itu selain ideologi dan sistem Islam.

SEMOGA KEMENANGAN AKAN MEMBONGKAR SEJARAH

Ramai yang tidak tahu jalur sejarah ini. Keteguhan Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini sebenarnya bermula dari Cordova, yang kesan ketamadunan itu merebak ke seluruh Eropah, bahkan seluruh dunia.

Tamadun yang dibina berasaskan prinsip dan ruh Islam telah telah ditiru oleh bangsa Eropah dan mereka berjaya menjenamakan prinsip dan ruh itu dengan jenama ‘Eropah’. Umat Islam yang pernah memiliki tamadun itu telah ‘melepaskan’ semua prinsip dan ruh Islam, dan mereka hanya membawa bersama ‘jenama’ Islam tetapi dengan prinsip dan ruh jahiliah Eropah gelap.

Apa yang saya harapkan dari kemenangan Sepanyol akan menyedarkan kembali umat Islam, warga Sepanyol dan seluruh dunia tentang keagungan lembaran sejarah Cordova. Dan sekaligus menjadi titik tolak awal ke arah kebangkitan kembali Islam melalui kesedaran sejarah ini.

Posted in Bola, Sains | 5 Comments »

Kita dan orang lain

Posted by Shinobi D. Awan on May 6, 2008

Albert Einstein pernah berkata:

“Kejadian manusia sangat pelik. Kita hidup sebentar sahaja dan tidak tahu mengapa kita dijadikan, kecuali segelintir sahaja yang merasakan mereka tahu. Tetapi satu perkara yang pasti adalah setiap kita dijadikan untuk orang lain.”


(Dipetik dari buku The 21 Indenpensable Qualities of a Leader tulisan John C. Maxwell)

Pengaruh dan sumbangan Albert Einstein bukan lagi suatu yang boleh diragui, apa lagi untuk dipertikaikan.Sumbangan beliau bukan dalam dunia sains semata-mata, tetapi turut mencakupi bidang falsafah. Teori relativiti dan teori quantum yang beliau kemukakan adalah satu penemuan sains yang agung dan belum diatasi oleh mana-mana penemuan sains terkini. Bahkan, teori tersebut telah mencabar falsafah materialistik yang berkembang biak dari ideologi Karl Marx. Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Motivasi, Sains | 7 Comments »