Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for the ‘Pilihanraya’ Category

Teori konspirasi (conspiracy theory) dalam iklim politik Malaysia

Posted by Shinobi D. Awan on July 27, 2009

Pada zaman yang dicengkam oleh kapitalisme-materialisme ini, latar politik tempatan mahupun dunia dilihat seperti penuh dengan kekotoran. Dunia politik tidak pernah sunyi dari politiking dalaman, gossip dalam kelas tersendiri menyaingi gossip-gossip dalam bidang hiburan – termasuklah konspirasi-konspirasi kelas tinggi, mewujudkan atmosfera kotor dalam gelanggang politik dan membarahkan persepsi seolah-olah mereka yang berada dalam bidang politik ini sukar dipercayai.

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Pilihanraya | 1 Comment »

Keputusan pilihanraya Permatang Pauh

Posted by Shinobi D. Awan on August 26, 2008

26 Ogos 2008, 10.10 pm, dipetik dari NST Online:

Anwar wins Permatang Pauh seat

THE Permatang Pauh By-Election was won by Datuk Seri Anwar Ibrahim. AT the end of the vote count at about 9:47pm, the PKR de facto leader received a total majority of 15,671 votes to beat BN’s Datuk Arif Shah Omar Shah.

The results at the final tally are:

Datuk Seri Anwar Ibrahim: 31,195 votes
Datuk Arif Shah Omar Shah: 15,524 votes
Hanafi Hamat: 92 votes
Majority: 15,671 votes
Turnout: 65.25%

(Gambar dipetik dari Berita Harian Online)

Menghitung hari menuju 16 September 2008!

Kepada semua kepimpinan, pendokong dan penyokong parti-parti oposisi (baca: Pakatan Rakyat), anda ada masa lkurang 20 hari sahaja untuk benar-benar mempersiapkan diri dan pakatan – dari mentaliti ‘pembangkang’ kepada mentaliti ‘kerajaan’ atau ‘negarawan’.

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub telah mengulangi lirik ini sekali lagi dalam ucapan dasar beliau pada muktamar yang lepas dengan iringan irama yang berbeza.

Reformasi dan revolusi yang bakal berlaku mungkin diluar jangkaan manusia normal (seperti saya) yang tidak mampu membaca keharu-biru-hijau-merahan perubahan politik yang sememangnya sedia haru.

Momentum pilihanraya kecil kali ini mungkin jauh lebih besar dari tsunami poilitik PRU 12 yang lalu. Kalau tsunami lepas telah meng’arus’kan 5 negeri, pilihanraya ‘kecil’ yang ‘besar’ ini mungkin akan menenggelamkan terus sejarah ‘lautan biru’ di Malaysia, sekaligus memaksa penulisan dan cetakan buku teks Sejarah Tingkatan 1 yang baru untuk tatapan generasi Malaysia Baru.

Posted in Pilihanraya | 11 Comments »

Buletin Utama… Buletin UMNO?

Posted by Shinobi D. Awan on August 25, 2008

25 Ogos 2008
Esok, 26 Ogos adalah hari pembuangan undi di Permatang Pauh.

Saya berkesempatan menonton Buletin Utama TV 3 hari ini (25 Ogos 2008). Hampir tiga suku dari keseluruhan siaran diperuntukkan untuk counter-attack segala kempen dari Pakatan Rakyat dan medium kempen untuk parti BN.

Owh, adakah saya telah tersilap siaran?

Adakah ini Buletin Utama?
Atau Buletin UMNO?

Adakah antena TV ‘rumah’ saya ada masalah hingga tersilap menerima frekuensi?
Atau ‘frekuensi’ otak orang yang di sebalik siaran itu yang tak betul?

.
.
.

Dengan membelakangkan faktor politik kePARTIan (PKR, PAS, BN, DAP, etc), menolak segala unsur sentimen (kaum, parti, manusia, etc)…

Sama-sama kita doakan agar kemenangan adalah untuk mereka yang BENAR.

Sama-sama kita tunggu keputusan petang esok (26 Ogos 2008 )

Posted in Bicara Isu, Pilihanraya | Leave a Comment »

Idea ‘baru’ yang ketinggalan zaman

Posted by Shinobi D. Awan on March 17, 2008

Bubarkan semua parti komponen BN. BN sebagai parti tunggal untuk semua kaum.

Demikian cadangan dari Parti Gerakan Negeri Perak yang telah kehilangan semua kerusinya dalam PRU12 lalu. Pengerusinya Datuk Chang Ko Youn berkata cadangan ini wajar bagi memastikan BN terus relevan dalam senario politik semasa kerana berdasarkan trend pilihan raya yang baru selesai, rakyat Malaysia kini tidak lagi mengundi parti yang mewakili satu-satu kaum.

“Ramai pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan. Ini menunjukkan politik kaum telah dikurangkan.”

Laporan akhbar-akhbar maya hari ini:

MStar online : Gerakan cadang BN jadi parti tunggal semua kaum di Malaysia
Utusan Malaysia online: BN satu parti tunggal?
Berita Harian online: Cadang BN satu parti

Mungkin ada yang kata, ini adalah idea baru untuk BN. Saya secara peribadi, belum mendengar apa-apa cadangan seumpama ini dari BN, baik UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang lain.

Parti Keadilan Rakyat (hasil gabungan KeADILan dan Parti Rakyat Malaysia) pun akan kata: “Kami dah buat 10 tahun lepas!” Hm…

DAP akan kata: “Kami lagi lama!” Hmmmm…

Apa kata UMNO?

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Pilihanraya | 12 Comments »

Waiting Government

Posted by Shinobi D. Awan on March 16, 2008

1. ALLAHyarham Dato Fadzil Noor pernah menyatakan dalam salah satu muktamar tahunan PAS beberapa tahun lalu, PAS dan ahli-ahli PAS hendaklah berfikir, bertindak dan mempamerkan ciri-ciri “waiting government”.

images.jpg

Senior saya yang baru melangsungkan perkahwinannya :) , Kitaro pernah mengulas tentang isu ini di sini.

2. MStar online hari ini melaporkan, YB Salahuddin Ayub menyeru supaya pembangkang mengubah minda mereka dan menunjukkan “minda memerintah”

“Kita tidak mahu lihat pembangkang cakap seperti pembangkang di Parlimen, mereka perlu mempunyai minda pemerintah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat parti itu di sini, Sabtu.

3. De-facto Leader PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan: We’re a ‘government in waiting’

4. Saya juga telah menulis bahawa kejayaan BA kali ini sebagai peluang BA menunjukkan kebolehan memerintah Malaysia.

petamalaysia.jpg

Read the rest of this entry »

Posted in Pilihanraya | 1 Comment »

Ulasan PRU 12 (4): Antara Parti Mahasiswa Negara dan nenek Maimun

Posted by Shinobi D. Awan on March 13, 2008

Ini adalah pandangan satu sisi.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah mencatatkan sejarah baru negara apabila sebuah parti politik ditubuhkan oleh kumpulan Mahasiswa. Dalam PRU12 baru-baru ini, PMN hampir-hampir berjaya menghantar calon mereka bertanding di Parlimen Kepala Batas.

Maimun Yusuf, seorang nenek yang bekerja menjual kain juga mencatat sejarah pilihanraya apabila masuk bertanding dalamusia 89 tahun.

maimun2.jpg

1.
PMN: Mengisytiharkan akan menghantar calon ke Parlimen Kepala Batas, kubu YAB Perdana Menteri lebih awal. Namun akhirnya, mereka gagal kerana dihalang oleh pihak berkuasa (yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka).

Nenek Maimun: Dengan tidak semena-mena muncul sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu. Tanpa walau angin sesepoi bahasa, nenek Maimun berjaya bertanding dengan menggunakan gambar kunci sebagai lambing calon.

Antara PMN dan nenek Maimun, siapa yang lebih berjaya dalam misi mereka -> bertanding dalam PRU12?

2.
PMN: Strategi mengisytihar, mencipta kesedaran dan gelombang awal. Tetapi mungkin telah mengejutkan ‘musuh’, lantas ‘musuh’ mengambil langkah berjaga-jaga

Nenek Maimun: Senyap-senyap dulu, heboh kemudian.

Strategi siapa lebih efektif dalam mencapai misi bertanding?

Posted in Pilihanraya | 2 Comments »

Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA

Posted by Shinobi D. Awan on March 13, 2008

BA yang terdiri dari pakatan PAS, PKR dan DAP berjaya merampas pentadbiran 5 negeri: Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekututan, serta mengekalkan kemenangan di Kelantan dengan margin besar.

barisanrakyat2.jpg

Pada PRU 1999, BA telah berjaya menjadi pembangkang yang hebat. Parlimen telah digegarkan dengan idea-idea bernas, fakta-fakta, hujah-hujah kental dari pembangkang yang membuatkan kerajaan sentiasa tak senang duduk.

Read the rest of this entry »

Posted in Pilihanraya | 1 Comment »

Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda

Posted by Shinobi D. Awan on March 13, 2008

169px-soekarno.jpgAktivis-aktivis mahasiswa dan gerakan-gerakan pemuda sering memetik kata-kata Sukarno:

“Berikan aku 10 orang pemuda. Nescaya aku akan gegarkan dunia”.

Kata-kata ini kedengaran seperti satu retorik. Tetapi maksud di sebalik kata-kata ini mengambarkan pemuda yang memiliki sifat-sifat kepemudaan pasti mampu member natijah yang besar kepada dunia.

Kali ini, tanggal 8 Mac 2008 lepas, terbukti anak-anak muda telah menggegarkan pentas politik Malaysia. Beberapa peristiwa menjadi bukti kepada kuasa ini: Read the rest of this entry »

Posted in Pilihanraya | Leave a Comment »

Ulasan PRU 12 (1): Faktor Kemenangan

Posted by Shinobi D. Awan on March 13, 2008

Apa faktor utama kemenangan besar PAS di Kelantan, dan kejayaan menawan 5 negeri (Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan) bersama pakatan BA lain?

Jentera?
Strategi politik?
Perang saraf?
Kelemahan BN?
Kekuatan calon?
Dana?
Pengundi muda?
Kempen?

Anda boleh senaraikan sebanyak mana yang anda boleh faktor yang ada. Tapi bagi saya, walau apa jua keadaan dan alasan, ini adalah faktor UTAMA PAS berjaya menawan hati rakyat untuk mengundi mereka.

7 Mac 2008
3.30 pagi
Stadium Sultan Mohammad IV

tangisantuanguru.jpg

munajattg.jpg

solathajatpru12.jpg

tg1.jpg

muslimat.jpg

khusyuk.jpg

kecil.jpg
image005.jpg

Manusia mengundi menurut kehendak hati. Siapakah PEMILIK hati-hati manusia ini?

Pesanan kepada BN: Jika BN ingin merampas kembali Kelantan, BN juga kena anjurkan munajat seumpama ini, seawal pagi di stadium Bukit Jalil pula. Oh, di Dataran Merdeka pun boleh juga. Dato’ Awang Adek (BEKAS bakal Menteri Besar Kelantan) sendiri kena jadi imam. Boleh gilir-gilir baca doa dengan Pak Lah, Dato Annuar Musa dan Dato Mustapha Mohamad. Jangan upah orang datang dengan duit ya! :)

Posted in Pilihanraya | Leave a Comment »

You will never walk alone

Posted by Shinobi D. Awan on February 22, 2008

Berita Sukan

Liverpool dikritik hebat apabila tewas 1-2 kepada divisyen ‘budak-budak’, Barnsley dalam perlawanan Piala FA.

Tamparan hebat buat sebuah kelab gergasi Eropah yang dijadualkan akan bertemu Inter Milan, pendahulu Liga Itali dalam Liga Juara-juara 3 hari selepas itu.

Akan tetapi, 3 hari kemudian….

images.jpg vs im.jpg

Liverpool 20 Inter Milan

Sekali lagi, Steven Gerrard menjadi kunci kemenangan dan kebangkitan Liverpool apabila menjaringkan gol bergaya pada minit-minit akhir permainan. Inspirational captain yang hebat dan menghebatkan orang lain. Bak kata Covey dalam Habit ke-8: He has his voice and inspire others to find theirs.

Walau apapun, kebenarannya adalah, pada musim ini Liverpool dikatakan terumbang-ambing dalam mencari rentak sebenar prestasi mereka, khususnya dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

Berita dalam negara

Dikala prestasi pasukan Liverpool yang sukar dijangka, begitu jugalah iklim politik di Malaysia. Pada 1999, letusan reformasi menyebabkan Barisan Alternatif berjaya merampas banyak kerusi dari Barisan Nasional. Tetapi pada 2004, gelombang itu terus hilang apabila BN bejaya memenangi PRU 11 dengan penuh bergaya.

PRU 12 2008 kali ini, bagaimana? Adakah akan menyaksikan kebangkitan BA sebagaimana Liverpool menewaskan Inter Milan? Atau BN terus mengekalkan reputasinya? Pemimpin-pemimpin setiap parti meluahkan rasa yakin untuk memenangi PRU kali ini. Walu apapun, keputusan adalah ditangan anda.

Posted in Liverpool, Pilihanraya | 2 Comments »

Rawat Kelantan?

Posted by Shinobi D. Awan on February 22, 2008

kerajaannegeril.jpg

Kerajaan Negeri Kelantan isytihar 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan. Kerajaan Persekutuan (yang dah dibubar) pula isytihar 2008 sebagai Tahun Merawat Kelantan.

Nak rawat? Nak rawat ni, rawat orang yang sakit. Kelantan sakit apa?

Awan berada di Baling, Kedah mengikuti satu program anjuran Setiausaha Parlimen (bekas) merangkap Ahli Parlimen Baling (bekas), Dato Dr Mashitah Ibrahim ketika akhbar perdana menyiarkan berita ini.

mashitah.jpg

Semasa di Baling, Awan sempat berbual dengan En. Mamat (bukan nama sebenar), seorang staff dari Jabatan Perdana Menteri. Respon beliau tentang isu ini:

“Dia nak rawat (Kelantan) tu, kena sedar… sapa yang bantai?”

Hah. Cuba kawan-kawan jawab… Kelantan ’sakit’ tu, sapa yang bantai Kelantan?

Posted in Pilihanraya | 2 Comments »