Archive for the ‘Mahasiswa’ Category
Posted by Shinobi D. Awan on August 17, 2009
Michael Jackson.

Asri Rabbani.

Pemergian mereka ditangisi oleh ribuan dan jutaan peminat. Nama mereka akan terukir dalam sejarah. 10, 20 tahun akan datang, nama mereka mungkin akan terus meniti di bibir-bibir peminat yang pernah dan akan mengenali mereka. Mereka adalah wira. Merekalah ikon. Merekalah lagenda.
Namun, di sebalik gahnya nama dan populariti mereka, dunia ini tetap suram tanpa nama-nama dan wira-wira yang tidak didendang. Wira-wira ini wujud tanpa dipinta pengiktirafan. Namun, kehadiran mereka tetap dirasai dan mengesankan jiwa-jiwa insan yang mengenali mereka.
17 Ogos 1985
Pada tarikh ini, 24 tahun telah berlalu, telah lahir seorang insan yang ditakdirkan menjadi wira, ikon dan lagenda.
Ingin sekali saya mengucapkan: “Selamat Hari Lahir ke-24” kepada beliau. Namun, ucapan itu tidak mampu didengarinya di dunia ini, kerana insan itu telah tiada di dunia ini.
Biarlah….
Saya tetap ingin mengucapkannya:
“Selamat Hari Lahir ke-24, Mat Yie
“

Walaupun hidup cuma untuk 22 tahun. Walaupun tidak popular. Walaupun tidak ramai yang mengenalinya.
Namun….
Dialah wira kami.
Dialah ikon kami.
Dialah lagenda kami.
Jumpa lagi di dunia sana!
Baca : Hari ini dalam sejarah (1)
Posted in Bicara Tokoh, Mahasiswa | 8 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on March 14, 2009
Slumdog Millionaire, Filem yang telah memenangi 8 anugerah Oscar – anugerah yang diimpikan oleh pembikin dan pelakon filem segenap benua.

Tanpa kesan khas yang melampau. Tanpa pelakon popular (kecuali Anil Kapoor). Tanpa bajet yang tinggi. Filem yang berlatarkan kehidupan penuh kesengsaraan di Mumbai ini nyata memberi kesan yang tersendiri dan menyajikan moral yang wajar diiktibari.
Dari kacamata seorang orang muda dan sebagai mahasiswa, maka saya menyarankan agar anak-anak muda, khususnya golongan mahasiswa belajar dari filem ini, walaupun wataknya cuma digelar ’slumdog’. Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa, Motivasi | 12 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on January 8, 2009
Himpunan Raksasa UIAM Kuantan
Mengutuk pembantaian ganas-bebal-lagi-tak-bermaruah oleh Zionis Israel yang keji dan sekutu-sekutu yang sama keji dengannya ke atas Palestin.
Selamatkan Palestin : Lakukannya! Atau lebih baik anda mati!

p/s: Demonstrasi ini sebenarnya anjuran mahasiswa (Ex-MPP dengan kerjasama persatuan-persatuan lain). Tetapi diangkat secara rasmi sebagai anjuran pentadbiran. Huh… Any comment?
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa, Palestin | 6 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on August 19, 2008
15 – 17 Ogos 2008: Satu lagi catatan sejarah telah di ukir di Taman Ilmu dan Budi, UIAM Kuantan.

Festival kali ke-2 dalam sejarah UIAM Kuantan ini telah meletakkan UIAM Kuantan pada tahap yang tersendiri. Kalau gerakan mahasiswa pernah meletakkan slogan “Dari Kampus ke lapangan ummah”, kini mahasiswa UIAM Kuantan telah membawa dimensi baru kepada massa – “Membawa ummah ke lapangan kampus”
Kewujudan UIAM Kuantan suatu ketika dahulu pernah dipandang sepi oleh masyarakat sekitar. I-QUEST kali pertama pada 2007 ternyata satu inisiatif yang baik untuk memperkenalkan kampus tersebut kepada massa, namun prestasinya kurang memberangsangkan. Namun, usaha jentera kerja I-QUEST 2007 patut diberi pujian kerana meletakkan batu asas yang baik untuk diteruskan oleh generasi seterunya.
Kejayaan tidak semestinya dicapai dengan tangan kita sendiri. Tetapi memulakan langkah untuk diteladani dan dijayakan oleh generasi masa hadapan merupakan satu legasi yang wajar dibanggakan.
Tanggal 15-17 Ogos, mahasiswa UIAM Kuantan bangkit dari kejayaan-yang-belum-dicapai yang ditinggalkan oleh generasi pertama I-QUEST 2007, memacu langkah baru untuk UIAM Kuantan dan masyarakat sekitar.
Kejayaan mereka bukan sekadar dalam penganjuran programI-QUEST 2008, tetapi juga dalam meruntuhkan ‘tembok’ academic-oriented bagi pelajar-pelajar critical courses dan keeksklusifan kelompok sesama warga universiti kepada keinginan membara untuk memburu kemahiran-kemahiran berorganisasi dan meluaskan peranan universiti kepada kelompok masyarakat diluar.
Oleh itu, tahniah kepada seluruh 257 orang jentera I-QUEST 2008 kerana kejayaan anda. Anda telah membina dimensi dan paradigma baru kepada mahasiswa UIAM sendiri khasnya dan kepada masyarakat sekitar Kuantan amnya
Posted in Mahasiswa, Sains | 13 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on August 19, 2008
[Monolog : Argh! Bersawang! Sekian lama aku tidak mengemaskini blog. Begitu ketinggalan dalam arena penulisan. Terlalu banyak ingin diluahkan, tapi kekangan masa sering dikambing-gulai'kan]
.
.
.
Saya agak terkejut, apabila mendengar 5000 mahasiswa UiTM berjaya berarak mengadakan demonstrasi menyatakan bantahan terhadap cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim.


Jika sebelum ini, siri-siri demonstrasi mahasiswa lebih didominasi oleh mahasiswa dari UM, UIAM, UKM, UPM, UTM, USM dan beberapa kampus lain. Jarang sekali terdengar, crowd dari UiTM membanjiri siri-siri demonstrasi mahasiswa. Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | 8 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on August 18, 2008
Sekiranya dia masih ada…

Dia akan berumur 23 tahun semalam (17 Ogos 2008 )
Dia akan bergraduasi tahun ini (atau tahun hadapan) dari Universiti Malaysia Sabah dalam Sarjana Muda Kaunseling
Dia akan menyebabkan kreditku semakin cepat habis kerana aku akan sentiasa SMS dan menelefon dia
Dia akan menyusahkan ramai orang dengan rengekan manja (konon) meminta tolong itu dan ini (tapi aku langsung tak kisah)
Dia akan menyenangkan ramai orang dengan kerajinan, komitmen dan kegigihan beliau bekerja.
Dia akan sentiasa membuatkan orang senang dan gembira, walaupun gurauannya kadang-kadang diluar batasan fikiran manusia normal (tapi aku langsung tak kisah, sebab aku pun 2 x 5 jugak)
Dia akan jadi sasaran kutukan rakan-rakan kerana tubuhnya yang semakin ‘montel’, berbanding zaman persekolahan dahulu (yang kononnya tough. haha)
Dia akan jadi sumber inspirasi sahabat-sahabat dan junior-junior kami, kerana sifatnya yang begitu prihatin, concern dan caring (walaupun luarannya nampak ganazz)
Tapi itu sekiranya dia masih ada. Sayangnya dia sebenarnya sudah tidak boleh melakukan semua di atas sejak 26 Jun 2006, lebih 3 tahun yang lalu.
Kenapa?
Dia tidak mati. Dia tetap hidup. Ya, beliau tetap hidup bagiku.
Dia sedang hidup di dunia yang lain. Kehidupan dia bukan lagi seperti kehidupan kita. Jasadnya tiada di dunia ini. Tetapi memori indah bersama dia kan ku abadikan selagi aku masih hidup. Ini janjiku sampai aku mati.
Selamat Hari Lahir ke-23, ALLAHyarham Khairul Azri Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006) aka MA YIE.
Berbahagiakan kau di sana!
Hari ini dalam sejarah : Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006)
Posted in Bicara Tokoh, Mahasiswa | 6 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 26, 2008
26 Jun datang lagi.
Pepatah mengatakan: “Patah tumbuh, hilang berganti”.
Ada benarnya.
Tetapi..
Samakah yang baru tumbuh dengan yang telah patah?
Samakah yang baru berganti dengan yang telah hilang?
Bagi saya, ’sesuatu’ yang telah saya ‘hilang’ ini tidak akan ada penggantinya lagi. Itulah satu-satunya. Yang pertama dan terakhir.
26 Jun datang lagi. Sudah 2 tahun berlalu.
Seolah-olah semalam baru bersamanya. Oh, tidak. Baru pagi tadi sebenarnya.
Gurauannya, usikannya, ketawanya, kelincahan, kecergasan, kata-kata; semuanya masih bermain-main diingatan.
Sungguh! Beliau masih belum ‘mati’ bagi kami.
26 Jun datang lagi. Aku bagaimana?
Saya tidak akan menangis lagi. Saya yakin, beliau akan bahagia di sana, insyaALLAH. Saya? Hidup yang masih belum bagaimana penghabisnya.
Kepada para pembaca, sila baca doa ini bersama-sama saya:
“Ya ALLAH, tempatkanlah ruh sahabat kami, Khairul Azri Mohd Annuar di kalangan ruh yang engkau redhai. Peliharalah dia, lindungilah dia dan tempatkanlah dia di dalam SYURGA MU, ya ALLAH… Ya ALLAH, matikanlah kami dengan kematian yang baik (husnul khatimah), dan janganlah ENGKAU matikan kami dengan kematian yang buruk (su’ul khatimah)”
Al-Fatihah untuk Khairul Azri Mohd Annuar aka KAMA aka Mat Yie…
1. Ini blog untuk Mat Yie
2. Ini page untuk Mat Yie
3. Ini entri pasal Mat Yie
4. Ini lagi entri pasal Mat Yie
5. Ini pun entri pasal Mat Yie
6. Ini pun

Posted in Bicara Tokoh, Mahasiswa | 11 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 12, 2008
(Prolog: Bayangkan suasana perbahasan Sidang Dewan Rakyat)
UMNO rakus! Saya tarik balik….
UMNO dayus! Saya tarik balik…
UMNO melampau! Saya tarik balik…
Pengerusi Tetap: Yang berhormat….cukuplah…
(Tamat prolog)

Saya telah menulis di sini apabila timbul desas-desus bahawa Tan Sri Sanusi akan dipecat dari Presiden UIAM. Ketika itu beliau masih memegang jawatan tersebut.
Seminggu kemudian, Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | 5 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 2, 2008
Utusan Malaysia, 1 Jun 2008 melaporkan:
Nasib Sanusi di UIAM akan ditentukan
KUALA LUMPUR 31 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi belum memutuskan sama ada akan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Sanusi Junid selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas beliau melepaskan keahliannya daripada UMNO.
Kenapa dengan keluar UMNO, perlu dilucutkan jawatan dari sebuah institusi milik kerajaan?
Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | 13 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on February 9, 2008
Posted in Mahasiswa | Leave a Comment »
Posted by Shinobi D. Awan on January 30, 2008
Artikel ringkas ini ditulis untuk membetulkan persepsi terhadap peranan universiti dan mahasiswa. Dari pandangan sempit kepada paradigma yang lebih mendasar dan menyeluruh. Dari itu, mahasiswa akan lebih sedar bahawa kehadiran mereka di univeristi bukan semata-mata untuk menaiki pentas konvokesyen selepas bergraduasi, tapi supaya mereka bersiap untuk berpencak di pentas masyarakat yang sebenar.
Pengenalan alam universiti
Sebelum meneruskan bicara, suka untuk penulis mulakan dengan petikan kata-kata tokoh yang menggambarkan pandangan, kritikan dan harapan terhadap mahasiswa dan universiti:
“Sekalipun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar patut memikirkan soal melibatkan gerakannya kepada kebajikan umum yan merangkumi bidang-bidang yang luas”
- Datuk Alexander Oppenheim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya
“Universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”
- Prof. Diraja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya
“Kegiatan universiti yang sebenar menjadikan universiti sebagai rujukan masyarakat dalam pembinaan ummah”
- Prof Shaharir, bekas Timbalan Naib Canselor UKM
Read the rest of this entry »
Posted in Mahasiswa | 2 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on January 26, 2008
AUKU jelas menyatakan mahasiswa tidak dibenar terlibat dengan mana-mana parti politik. Rules and Discipline Act 2004 UIAM juga menyatakan hal yang sama walaupun dalam kenyataan yang berbeza.
(UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU kerana UIAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Akan tetapi, UIAM memiliki akta tersendiri yang 2 x 5 dengan AUKU)
Persoalannya: Kenapa?
Persoalan paling asas yang perlu dijawab adalah apa itu politik?
Persoalan asas kedua yang perlu difahami adalah perbezaan antara ‘politik’ dengan ‘politik kepartian’.
Dalam kampus, mahasiswa sentiasa berpolitik. Kerana sistem politik adalah sistem asas yang perlu wujud untuk mentadbir manusia, walau dimana manusia berada. Tanpa politik, tidak akan ada kehidupan bermasyarakat. Dalam sebuah universiti, mahasiswa juga ditadbir dan mentadbir. Maka, bukankah itu bermakna mahasiswa juga berpolitik dalam kampus?
Kemudian, mahasiswa dihalang dari terlibat parti politik. Dalam lafaz ikrar (baiah) bagi mahasiswa tahun satu yang baru melangkah ke alam universiti, pasti ada kenyataan agar mahasiswa tidak akan terlibat dengan parti politik.
Kenapa?
Adakah ada pihak yang takut dengan pengaruh dan kuasa mahasiswa?
Mahasiswa memiliki kuasa tersendiri yang mampu memberikan kesan yang besar kepada latar sosial negara. Cuma, mahasiswa dilemahkan dengan akta-akta yang menakut-nakutkan mereka. Kesannya, mahasiswa bukan sahaja lemah dalam kesedaran politik, bahkan deria sensitiviti mahasiswa terhadap segala isu yang berlaku di sekeliling mereka juga amat lemah.
Kalau fenomena itu dibiarkan berterusan, tidak mustahil produk yang akan lahir dari sebuah universiti suatu hari nanti sangat lemah dan tidak kompetitif. Graduan hanya berfungsi untuk memenuhkan kerjaya-kerjaya kosong di pasaran kerja, tanpa ada rasa insaf untuk memperbaiki negara ke arah yang lebih baik.
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Leave a Comment »
Posted by Shinobi D. Awan on December 7, 2007
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Talian Nur 15999 sebagai saluran aduan kepada rakyat berkenaan dengan kebajikan keluarga dan masyarakat. Talian tersebut dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh YAB PM.
Rentetan dari itu, Berita Harian, Jumaat, 7 Disember 2007 melaporkan: Talian Nur terima 298 panggilan
KUALA LUMPUR: Talian Nur 15999 yang diwujudkan untuk membantu golongan memerlukan, menerima panggilan tanpa henti daripada orang ramai yang mahu membuat pelbagai aduan sejak dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin.Selepas 12 jam dilancarkan, 298 panggilan diterima dan kebanyakannya mahu mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Tagged: Bicara Isu, Mahasiswa | 1 Comment »