Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for the ‘Liverpool’ Category

Champions League : Analisis pasca Finale 2009

Posted by Shinobi D. Awan on May 30, 2009

Akhirnya Finale Champions League 2009 berakhir.

eufa

Barcelona 2 – Manchester United 1.

28 Mei adalah hari berkabung untuk peminat-peminat Man U seluruh dunia. :)

Permainan Barca sememangnya world class. Tetapi rentak MU hanya menarik untuk 10 minit pertama. Seterusnya, apa yang dapat lihat hanyalah ’sampah’. Ini bukan tahap sebenar MU. Ini bukan prestasi Finale Champions League yang sepatutnya. Perlawanan suku akhir pusingan kedua Liverpool vs Chelsea jauh lebih berkualiti dari Finale ini. (nak jugak puji Liverpool. Hehe)

Saya teringat (so-called) golden rule yang pernah di’ajar’kan kepada saya suatu ketika dahulu, dikala saya masih seorang yang mentah dengan dunia bola sepak.

“Nak main bola ni, yang penting adalah ‘maintain the game’, tapi kadang-kadang kena ada ‘brilliant movements’ “.

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Bola, Liverpool, Motivasi | 7 Comments »

Yes… No… and NO!

Posted by Shinobi D. Awan on April 30, 2008

Premise 1:
Chelsea in Malaysia? -> Yes

Premise 2:
Avram Grant and Ben Haim in Malaysia? -> NO!

Therefore…

Premise 1 + Premise 2:
Chelsea to the final Champions League? -> Totally NO!

Gambatte Liverpool!

.

.

But, we’ll see. Let the game speaks by itself tonight. (Thursday, 31 April 1 Mei 2008 , 2.30am) – updated. thanks to IR -


(source: Blog lama Pakdi)

Posted in Liverpool | 4 Comments »

You’ll Never Walk Alone II

Posted by Shinobi D. Awan on April 24, 2008

Pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara.
Keputusan: Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield.

Mari kita analisis perlawanan dan pasca-perlawanan dua gergasi bola sepak ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Liverpool, Motivasi | 5 Comments »

You will never walk alone

Posted by Shinobi D. Awan on February 22, 2008

Berita Sukan

Liverpool dikritik hebat apabila tewas 1-2 kepada divisyen ‘budak-budak’, Barnsley dalam perlawanan Piala FA.

Tamparan hebat buat sebuah kelab gergasi Eropah yang dijadualkan akan bertemu Inter Milan, pendahulu Liga Itali dalam Liga Juara-juara 3 hari selepas itu.

Akan tetapi, 3 hari kemudian….

images.jpg vs im.jpg

Liverpool 20 Inter Milan

Sekali lagi, Steven Gerrard menjadi kunci kemenangan dan kebangkitan Liverpool apabila menjaringkan gol bergaya pada minit-minit akhir permainan. Inspirational captain yang hebat dan menghebatkan orang lain. Bak kata Covey dalam Habit ke-8: He has his voice and inspire others to find theirs.

Walau apapun, kebenarannya adalah, pada musim ini Liverpool dikatakan terumbang-ambing dalam mencari rentak sebenar prestasi mereka, khususnya dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

Berita dalam negara

Dikala prestasi pasukan Liverpool yang sukar dijangka, begitu jugalah iklim politik di Malaysia. Pada 1999, letusan reformasi menyebabkan Barisan Alternatif berjaya merampas banyak kerusi dari Barisan Nasional. Tetapi pada 2004, gelombang itu terus hilang apabila BN bejaya memenangi PRU 11 dengan penuh bergaya.

PRU 12 2008 kali ini, bagaimana? Adakah akan menyaksikan kebangkitan BA sebagaimana Liverpool menewaskan Inter Milan? Atau BN terus mengekalkan reputasinya? Pemimpin-pemimpin setiap parti meluahkan rasa yakin untuk memenangi PRU kali ini. Walu apapun, keputusan adalah ditangan anda.

Posted in Liverpool, Pilihanraya | 2 Comments »