Phoenix bangkit
Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 26, 2012
(Sila baca entri ini sambil diiringi lagu tema Phoenix Bangkit dari Abu oleh M.Nasir – video ada di bawah)
Meraikan kemenangan adalah sesuatu yang mengujakan.
Meraikan kemenangan setelah bangkit dari ketinggalan adalah sesuatu yang lebih mengujakan.
Meraikan kemenangan kerana ‘game’ yang cantik dan bukan sekadar ‘luck’ adalah lebih lebih mengujakan.
Meraikan kemenangan sebagai salah seorang pemain dalam ‘game’ tersebut adalah lebih lebih lebih mengujakan.
Semalam, semangat Istanbul 2005 berulang di Anfield.
Liverpool menewaskan Manchester City dengan aggregat 3-2 untuk layak ke Final Carling Cup, setelah ketinggalan satu gol demi satu gol dalam perlawanan.
Detik-detik sejarah agung bola sepak dunia yang terlakar dalam Champions League di Istanbul pada 2005, apabila Liverpool bangkit dari ketinggalan 0 – 3 kepada AC Milan.
Adakah semangat itu akan diteruskan ke Wembley 28 Februari ini (Final Carling Cup)?
Adakah semangat 1999 dan 2008 juga akan berulang pada 2012?
Gambar Steven Gerrard berjersey no.8, a.k.a SG8, a.k.a Abang Long G, talisman bagi Liverpool dan Martin Skrtel yang berwajah iras Michael Scofield, talisman dalam Prison Break.
Untuk makluman, burung Phoenix adalah simbol bagi Liverpool, dan slogan mereka adalah You’ll never walk alone!
Lagi entri yang berkaitan:


As said
Haah agree.
Game cun memang puas hati if pihak lawan yang menang pun ;P
Btw, hai
Lama tak buat bising sini
Ahmad Fakhrurrazi Yahaya said
Erk.. As tengok ke game tu? Itu la pasal. Joe Hart tu bela jin gamaknya susah sangat nak score. hehe
Jemput2… Dialu2kan kalau nak buat bising. Ajak member2 pun boleh. hehe