Pak Mat seorang penoreh getah di Kampung Hulu Sat. Beliau tak puas hati apabila Syarikat minyak PetroMan memperkenalkan akta baru bagi pekerja syarikat di pelantar minyak tersebut supaya mewajibkan memakai topi keselamatan apabila bekerja. Persoalannya, kenapa Pak Mat pula yang tak puas hati? Beliau berusaha untuk menghantar memorandum kepada Ketua Eksekutif PetroMan.
Isu hudud mula disensasikan kembali oleh pihak-pihak tertentu, untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Kita tolak ketepi semua sentimen politik kepartian.
Sekarang, bagi mereka yang bersekolah dan bijak menilai, cuba berfikir atas prinsip nilai dan secara akademik.
1. Kenapa hudud perlu dibantah?
2. Bagi mereka yang membantah, sudahkan anda meneliti apa kandungan hukum tersebut?
3. Sekiranya anda telah meneliti, apakah kesan buruk jika hudud di aplikasikan di Malaysia?
Sekiranya saya menamakan kembali ‘hudud’ dengan nama ‘undang-undang jenayah’, sebagai penggantian dan penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada, adakah anda sedia berbincang mengenainya, atau masih hendak menolak secara mentah-mentah?
Hudud (atau apa sahaja nama yang boleh diberi padanya) merupakan undang-undang yang objektifnya adalah untuk melindungi 5 perkara asas dalam hidup manusia, iaitu:
1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Maruah
5) Harta
Dalam ilmu pengajian Islam, 5 perkara ini di namakan sebagai ‘maqasid syar’iyyah’ atau ‘objektif syariah’.
Kalau ini merupakan undang-undang untuk melindungi kepentingan umat Islam, kenapa umat Islam sendiri perlu membantah? Apa salahnya Syarikat PetroMan memperkenalkan akta untuk melindungi pekernya sendiri?
Orang bukan Islam pula, kenapa nak sibuk tanpa sebab sedangkan ia tidak melibatkan anda semua? (bergantung kepada perbahasan fiqh) Kenapa nak jadi macam Pak Mat yang tak ada kaitan pun dengan uindang-undang tersebut?