Hari ini dalam sejarah : Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006)
Posted by Shinobi D. Awan on June 26, 2008
Pepatah mengatakan: “Patah tumbuh, hilang berganti”.
Ada benarnya.
Tetapi..
Samakah yang baru tumbuh dengan yang telah patah?
Samakah yang baru berganti dengan yang telah hilang?
Bagi saya, ’sesuatu’ yang telah saya ‘hilang’ ini tidak akan ada penggantinya lagi. Itulah satu-satunya. Yang pertama dan terakhir.
26 Jun datang lagi. Sudah 2 tahun berlalu.
Seolah-olah semalam baru bersamanya. Oh, tidak. Baru pagi tadi sebenarnya.
Gurauannya, usikannya, ketawanya, kelincahan, kecergasan, kata-kata; semuanya masih bermain-main diingatan.
Sungguh! Beliau masih belum ‘mati’ bagi kami.
26 Jun datang lagi. Aku bagaimana?
Saya tidak akan menangis lagi. Saya yakin, beliau akan bahagia di sana, insyaALLAH. Saya? Hidup yang masih belum bagaimana penghabisnya.
Kepada para pembaca, sila baca doa ini bersama-sama saya:
“Ya ALLAH, tempatkanlah ruh sahabat kami, Khairul Azri Mohd Annuar di kalangan ruh yang engkau redhai. Peliharalah dia, lindungilah dia dan tempatkanlah dia di dalam SYURGA MU, ya ALLAH… Ya ALLAH, matikanlah kami dengan kematian yang baik (husnul khatimah), dan janganlah ENGKAU matikan kami dengan kematian yang buruk (su’ul khatimah)”
Al-Fatihah untuk Khairul Azri Mohd Annuar aka KAMA aka Mat Yie…
1. Ini blog untuk Mat Yie
2. Ini page untuk Mat Yie
3. Ini entri pasal Mat Yie
4. Ini lagi entri pasal Mat Yie
5. Ini pun entri pasal Mat Yie
6. Ini pun

kumb@ng said
Al-Fatihah…
Azrul Hisyam said
Al Fatihah
moga kita boleh jd sekuat mat yie
szakif said
Takziah… Can’t imagine if i am in your shoes.
Tumpang lalu eh:
Let’s join iiumbloggers.com – the central blog for bloggers among IIUM students.
peng said
al fatihah..
mudah2an kita juga akan menjadi sepertinya…
terus dikenangi
IR said
al- fatihah utk mat yie…
walaupun jasadnya berkubur, semangatnya akan terus membara…
begitu juga dengan kenangan2 nta bersama dengannya…
kehilangan seseorang akan menjadikan kita terus menghargai apa yang kita ada skrg – kawan2 dan keluarga..
bila tiada nnt, tidak akan ada peluang lagi utk kita bersama dengan mereka.. mungkin di syurga, inshaALLAH…
diya said
moga mat yie ditempatkan di kalangan org2 soleh… al-fatihah…
As said
patah tumbuh hilang berganti..gantian yang takkan sama, pastinya…
sniperrabb said
yang pastinya a.yie insan “hudurul muassir”…
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-23 KAMA « Not only meets the eye said
[...] Selamat Hari Lahir ke-23, ALLAHyarham Khairul Azri Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006) aka MA YIE. Berbahagiakan kau di sana! Hari ini dalam sejarah : Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006) [...]
jag said
ni kat ukm kan?
Hari ini dalam sejarah (2) : 1985 – 2006 « Not only meets the eye said
[...] Baca : Hari ini dalam sejarah (1) [...]