Dimana kan ku cari ganti
Posted by Shinobi D. Awan on June 24, 2008
Pilu. Sebak. Sedih. Kosong.
Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS. Beliau digelar ‘Mujahid Ulung’, sesuai dengan sumbangan dan legasi yang beliau tinggalkan untuk negara. Beliau adalah NEGARAWAN yang sebenar.
Beliau disegani oleh kawan dan lawan. Dihormati oleh pemimpin seluruh dunia. Beliau adalah ikon kepimpinan dulu, kini dan masa depan.
6 tahun telah berlalu. Kehilangan masih teramat dirasai.
Beliau akan terus abadi dalam sejarah.
.
.
.
Lagu ini sesuai untuk mereka yang bersedih kerana kehilangan. Ini lagu rasmi pada 26 Jun setiap tahun.
Terimalah, Di Mana Kan Ku Cari Ganti – Nyanyian P. Ramlee
(Dipopularkan dalam versi nasyid dalam album Keranamu RasuluLLAH oleh gabungan kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia.)
Hendak ku nangis tiada berair mata
Hendak ku senyum tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Anonymous said
…
patah said
ASSALAMUALAIKUM