Posted by Shinobi D. Awan on June 26, 2008
26 Jun datang lagi.
Pepatah mengatakan: “Patah tumbuh, hilang berganti”.
Ada benarnya.
Tetapi..
Samakah yang baru tumbuh dengan yang telah patah?
Samakah yang baru berganti dengan yang telah hilang?
Bagi saya, ’sesuatu’ yang telah saya ‘hilang’ ini tidak akan ada penggantinya lagi. Itulah satu-satunya. Yang pertama dan terakhir.
26 Jun datang lagi. Sudah 2 tahun berlalu.
Seolah-olah semalam baru bersamanya. Oh, tidak. Baru pagi tadi sebenarnya.
Gurauannya, usikannya, ketawanya, kelincahan, kecergasan, kata-kata; semuanya masih bermain-main diingatan.
Sungguh! Beliau masih belum ‘mati’ bagi kami.
26 Jun datang lagi. Aku bagaimana?
Saya tidak akan menangis lagi. Saya yakin, beliau akan bahagia di sana, insyaALLAH. Saya? Hidup yang masih belum bagaimana penghabisnya.
Kepada para pembaca, sila baca doa ini bersama-sama saya:
“Ya ALLAH, tempatkanlah ruh sahabat kami, Khairul Azri Mohd Annuar di kalangan ruh yang engkau redhai. Peliharalah dia, lindungilah dia dan tempatkanlah dia di dalam SYURGA MU, ya ALLAH… Ya ALLAH, matikanlah kami dengan kematian yang baik (husnul khatimah), dan janganlah ENGKAU matikan kami dengan kematian yang buruk (su’ul khatimah)”
Al-Fatihah untuk Khairul Azri Mohd Annuar aka KAMA aka Mat Yie…
1. Ini blog untuk Mat Yie
2. Ini page untuk Mat Yie
3. Ini entri pasal Mat Yie
4. Ini lagi entri pasal Mat Yie
5. Ini pun entri pasal Mat Yie
6. Ini pun

Posted in Bicara Tokoh, Mahasiswa | 11 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 25, 2008
“Aku pergi ke Barat, aku tidak melihat orang Islam tetapi aku melihat Islam. Aku balik ke negeriku, aku melihat orang Islam tetapi aku tidak melihat Islam” – Muhammad Abduh
Ramai orang Islam tetapi tidak Islamik. Ramai orang bukan Islam tetapi Islamik
Pelik? Sekarang tidak lagi. Lihat disekeliling anda.
Islamik itu bagaimana? Read the rest of this entry »
Posted in Aplikasi Hidup, Bicara Isu | 5 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 24, 2008
“If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader”
- John Quincy Adams -
Pakar-pakar dalam bidang kepemimpinan menggariskan, terdapat 5 tahap kepemimpinan:
1. Position – people follow because they have to
2. Permission – people follow because they want to
3. Production – people follow because what you have done for the organization
4. People development – people follow of what you have done to them
5. Personhood – people follow because of who you are and what you represent
(Dipetik dan diringkaskan dari The 360 Degree Leader tulisan John C Maxwell)
Tahap tertinggi adalah tahap “Personhood”, iaitu tahap yang seseorang pemimpin itu diikuti kerana “dia” sememangnya patut yang wajar diikuti. Sangat sukar untuk mencapai tahap tersebut, dan sangat jarang manusia yang berjaya mencapai tahap tersebut.
Cuba senaraikan, siapa yang pada anggapan anda, benar-benar mencapai tahap “Personhood”?
Dimanakah kita?
.
.
.
Kisah saya
Terdapat beberapa orang yang benar-benar memberikan kesan kepada diri saya. Kesan untuk saya meneruskan pengembaraan hidup ini dan terus mencabar diri sendiri. Jalan merekalah yang saya jadikan panduan untuk saya bina jalan saya sendiri. Tanpa mereka, saya tidak akan seperti ini sekarang.
Ini bukan masalah ketidakyakinan bahawa kuasa ALLAH SWT adalah segala-galanya. Tetapi inilah keyakinan saya bahawa ALLAH SWT meng’hantar’ mereka ke dunia untuk dijadikan contoh kepada manusia lain, termasuklah saya.
Semoga ALLAH merahmati mereka dengan ilmu yang mereka curahkan baik secara lisan, perbuatan, langsung atau tidak langsung yang menjadi panduan untuk manusia lain di dunia ini.
(Saya hampir menangis keterharuan…)
Posted in Bicara Tokoh, Motivasi | 2 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 24, 2008
23 Jun 2002
Pilu. Sebak. Sedih. Kosong.
Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS. Beliau digelar ‘Mujahid Ulung’, sesuai dengan sumbangan dan legasi yang beliau tinggalkan untuk negara. Beliau adalah NEGARAWAN yang sebenar.
Beliau disegani oleh kawan dan lawan. Dihormati oleh pemimpin seluruh dunia. Beliau adalah ikon kepimpinan dulu, kini dan masa depan.
6 tahun telah berlalu. Kehilangan masih teramat dirasai.
Beliau akan terus abadi dalam sejarah.
.
.
.
Lagu ini sesuai untuk mereka yang bersedih kerana kehilangan. Ini lagu rasmi pada 26 Jun setiap tahun.
Terimalah, Di Mana Kan Ku Cari Ganti – Nyanyian P. Ramlee
(Dipopularkan dalam versi nasyid dalam album Keranamu RasuluLLAH oleh gabungan kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia.)
Hendak ku nangis tiada berair mata
Hendak ku senyum tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama
Posted in Bicara Tokoh | 2 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 12, 2008
(Prolog: Bayangkan suasana perbahasan Sidang Dewan Rakyat)
UMNO rakus! Saya tarik balik….
UMNO dayus! Saya tarik balik…
UMNO melampau! Saya tarik balik…
Pengerusi Tetap: Yang berhormat….cukuplah…
(Tamat prolog)

Saya telah menulis di sini apabila timbul desas-desus bahawa Tan Sri Sanusi akan dipecat dari Presiden UIAM. Ketika itu beliau masih memegang jawatan tersebut.
Seminggu kemudian, Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | 5 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 8, 2008
Berita utama….
Harga minyak naik! (semua orang dah tau). Ini merupakan hadiah dari kerajaan kepada pengundi-pengundi kerana memilih untuk mengekalkan kerajaan. Inilah yang kami, rakyat mahukan. Terima kasih Barisan Nasional kerana memahami keperluan rakyat.

Berita nasional…
Seorang Menteri mewakili kerajaannya didapati telah Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu | 9 Comments »
Posted by Shinobi D. Awan on June 2, 2008
Utusan Malaysia, 1 Jun 2008 melaporkan:
Nasib Sanusi di UIAM akan ditentukan
KUALA LUMPUR 31 Mei – Kementerian Pengajian Tinggi belum memutuskan sama ada akan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Sanusi Junid selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas beliau melepaskan keahliannya daripada UMNO.
Kenapa dengan keluar UMNO, perlu dilucutkan jawatan dari sebuah institusi milik kerajaan?
Read the rest of this entry »
Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | 13 Comments »